Tips Menjadi Individu Menarik

Keyakinan diri, Tips Motivasi 1 Comment

Hari ini  saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda. :-)

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah,  disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.  Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4.  Mempunyai prinsip.

Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.

5. Mempunyai keyakinan  diri

Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Itu ia 5 tips yang dikongsi pada hari ini. Saya harap tips menjadi individu menarik di atas banyak membantu anda. Salam motivasi dan selamat menjadi individu yang menarik.

P/s: Salah seorang blogger motivasi yang menarik adalah Shueqry. Rasa-rasanya mengapa eh? :-)

Apa anda buat?

Cinta 2 Comments

Hari ini saya hendak tanya anda pula. Selalu saya je bagi pandangan. Apa kata anda bagi pandangan pula. Boleh? Bolehlah… :-)

Kita bincangkan masalah cinta. Masalah umum kehidupan. Andaikan anda berada dalam situasi ini. Anda meminati seseorang ini. Masalahnya anda tidak pernah bercakap dengan dia. Tetapi incident yang seketika membuatkan anda bercakapnya. Dan tiada apa-apa pun progres. Cuma perbualan kosong. Kemudian anda sedar, anda sukakanya. Apa yang akan anda buat? Masalahnya di sini anda tidak tahu dia sudah berpunya atau single. Adakah anda sanggup mengambil risiko ini?

Kita jadikan masalah ini lebih complicated. Rakan baik anda juga cuba mendapatkannya. Rakan anda telah memulakan gerak langkahnya dahulu. Cuma ketika itu anda belum lagi mempunyai perasaan terhadap dia. Anda merasakan mungkin ini perasaan suka sahaja. Tetapi kini lain, sejak incident tu, sebenarnya bukan incident apa pun, just berborak kosong anda sudah mempunyai matlamat. Jadi apa anda akan buat? Biasanya ada dua cara:

Teruskan dan beritahu anda suka dia sebab:

  • Anda tidak mahu menyesal dalam hidup. Seperti mana yang berlaku pada Steve Jobs. Dia memberitahu kepada isterinya bahawa dia sukakanya sebab dia membayangkan jika hari tersebut merupakan hari terakhir hidupnya.
  • Mungkin dia sememangnya anda cari.

Atau abaikan sahaja sebab:

  • Bunga atau kumbang bukan sekuntum.
  • Tidak mahu hubungan dengan kawan yang sedia ada terjejas, padahal hubungan dengan dia belum tentu.
  • Mungkin perasaan ini hanya untuk sementara.

Ini antara pandangan yang diberi. Sekarang boleh tak anda kongsi pandangan anda? Apa pilihan anda. Yang mana satu anda akan lakukan. Atau kemungkinan terdapat pilihan lain. Mungkin pandangan anda dapat membantu di kalangan kita. Mungkin doktor atau pakar pencintaan boleh berkongsi. Sesiapa sahaja… :-)

Rahsia Kejayaan

Minda, Winner No Comments

Waa…Hari ini nampaknya tajuk gempar sedikit…hehe Hari ini saya akan bongkarkan rahsia kejayaan. Tetapi bukan rahsia sebenarnya sebab ramai pun dah tahu. :-)

Jawapanya adalah minda yang positif. Minda kita merupakan anugerah yang begitu bernilai diberiNya kepada kita. Sebab itulah seseorang mampu menjadi jutawan dengan sekelip mata sahaja dengan menjual idea yang bernilai jutaan ringgit. Sebab mindalah yang menyebabkan seseorang berjuang untuk titisan akhir. Pernah dengar pepatah ini?

” Apa yang minda percaya, perkara tersebut dapat dilakukan.”

Kita adalah apa kita fikirkan. Jika kita fikir kita boleh, perkara tersebut benar. Jika kita tidak yakin, perkara tersebut turut benar. Jadi latihlah diri anda untuk berfikir boleh. Sentiasa positif dalam apapun keadaan.

Dalam sesuatu perlawanan, seseorang boleh mengalah atau meneruskan perjuangan disebabkan minda. Minda yang kuat menyebabkan seseorang berusaha walaupun peluang yang ada itu nampak tipis. Kita mungkin mengalah di saat tersebut, tetapi jika kita mempunyai minda yang begitu dahagakan kejayaan tentu sebaliknya yang berlaku. Minda tersebut akan mendesak diri kita untuk melawan habis-habisan. Kata orang, “biar putih tulang jangan putih mata”. Minda yang kuat perlulah dilatih untuk melihat daripada sudut positif. Dengan ini kita tidak akan mudah berputus asa.

Saya masih ingat lagi sebuah kisah yang dikongsi oleh sebuah penceramah mengenai minda. Sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang yang teruk dikurniakan sepasang anak kembar. Yang peliknya seorang anak kembar tersebut menjadi seseorang yang sangat berjaya dan seorang lagi menjadi seorang yang begitu gagal. Dia menjadi sampah masyarakat. Apabila satu soalan serupa ditanya mengapa mereka menjadi begitu. Kedua-duanya menjawab, ” Dah keluarga saya macam tu, tentulah saya jadi macam ini.”

Lihat, keduannya memberi jawapan yang sama. Tetapi mengapa terdapat perbezaan yang begitu jelas sekali? Seorang menjadi sangat berjaya dan seorang lagi menjadi seorang yang gagal. Rahsianya adalah pemuda yang berjaya tersebut mempunyai minda yang positif. Oleh itu latihlah minda anda menjadi seseorang yang kuat melihat daripada sudut positif. :-)

UrusanNya

Islam, Quote Motivasi 2 Comments

Beri hatiMu hanya untuk Allah,

pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.

hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,

pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.

Betul tu, saya setuju dengan ayat di atas. Ianya merupakan salah satu tips pengurusan masa yang efektif. Caranya adalah memperuntukkan masa anda pada Allah terlebih dahulu. Caranya adalah dengan melakukan solat di awal waktu. Betul, cuba amalkan. :-)

Percayalah dengan melakukan solat pada awal masa, hidup anda lebih tersusun. Anda melakukan kerja yang penting. Hamparkan waktu padaNya, selebihnNya Dia akan mengaturkan. Secara logiknya pun betul. Urusan dengan Dia adalah urusan paling besar. Jika anda mampu menyelesaikan urusan besar ini, sudah tentu urusan kecil amat mudah sahaja bagi anda. Lebih-lebih lagi Dia selalu di samping anda. Tetapi jika anda tiada masa untukNya, bermaksud anda sudah tersilap arah. Anda masuk jalan yang salah. Anda banyak menghabiskan masa kepada perkara yang kurang penting. Padahal urusan denganNya adalah paling penting.

Tambahan pula, jika anda tidak mampu mengurus masa anda dan memperuntukkan kepada Dia, manakan mungkin anda mendapat keberkatan daripadaNya. Segala-galaNya di gengamanNya.

Manusia makhluk yang lemah. Ia perlu berpaut pada sesuatu. Dan Islam itulah pautannya. Berpeganglah teguh kepadaNya. Percaya Dia Maha Mengetahui. Percaya Dia Maha Berkuasa. Berdoa selalu padaNya. InsyaAllah Dia akan mengatur hidup anda dengan sebaiknya. :-)

Hijjas Kasturi

Idola Kejayaan 3 Comments

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai seorang yang berjaya dari segi kepintaran ruang. Menurut Howard Gardner, manusia terdiri daripada 8 kepintaran. Salah satunya adalah kepintaran ruang. Kepintaran ini adalah kepintaran berkaitan visual dan ruang. Kepintaran ini biasanya dimiliki oleh arkitek, mekanik. :-)

Hijjas Kasturi,  merupakan nama yang terkenal dalam seni bina. Sebut sahaja namanya , ramai akan teringat reka bentuk menara rebung Telekom Malaysia yang berdiri megah. Rekaan beliau bukan setakat itu sahaja, reka bentuk Pusat Konvesyen Putrajaya , bangunan Tabung Haji, menara Maybank merupakan antara karya beliau yang dikenali.

Reka bentuknya sungguh hebat dan mempersonakan. Atas sumbangannya, beliau telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya ialah anugerah untuk Kuching Civic Centre daripada Association of Engineers, California, USA (1989), ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Cretion award dan 2001 PAM Gold Medal Award daripada pertubuhan Arkitek Malaysia. Sumbang beliau yang begitu banyak pada bumi Malaysia tidak dapat dinafikan.

Sejenak

Video Inspirasi No Comments

Salam motivasi..bagaimana anda hari ini..wa..mesti hebatkan, :-)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang best bagi saya. Mengenai sebuah lagu. Sejak kebelakangan 2-3 hari, lagu ini bagaikan memberi inspirasi bagi saya, iaitu lagu Sejenak daripada Letto. Kalau layan memang lentok habis. Lagu ini memang jiwang sedikit tetapi kita pandang dari sudut positif k :-) Lagu ini bagaikan mengingatkan saya kepada sesuatu yang mungkin telah kita abaikan. Tidak kiralah benda itu benda apa. Mungkin cinta, kasih sayang, keluarga, ibubapa kita.

Klik Sini untuk dengar (jangan download tau hehe hak cipta :-) )

Lirik:

“sebelum waktumu terasa terburu
sebelum lelahmu menutup mata
adakah langkahmu terisi ambisi
apakah kalbumu terasa sunyi

luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta

sebelum hidupmu terhalang nafasmu
sesudah nafsumu tak terbelenggu
indahnya membisu tandai yang berlalu
bahasa tubuhmu mengartikan rindu

luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta

yang tlah semu.. yang tak semu..
dan tak semu…dah itu”

Adakah kita meluang sejenak masa untuk sesuatu yang kita abaikan. Sesuatu yang telah kita abaikan untuk sekian lama.

Agama, keluarga, cinta?

Nasihat saya, luangkan sejenak masa untuk sesuatu yang kita kehilangan. Sesuatu yang telam lama kita tidak perhatikannya. Sesuatu yang sebelum ini kita tidak mengambil peduli.

Ps: Saya minta maaf kerana tidak dapat update blog seperti biasa. 3-4 hari ini saya agak sibuk sedikit.Ada hal masa depan. :-)  Lagi satu saya minta maaf untuk masalah komen. saya pun masih tak faham mengapa komen saya mengalami masalah walaupun saya sudah setting ikut yang sepatutnya.

Apa itu kejayaan?

Definisi, Falsafah Kejayaan 2 Comments

Kejayaan merupakan sesuatu perkataan bila kita sebut perassan kita berasa gembira.Tetapi apa makna kejayaan kepada kita?Pernah kita terfikirkannya?

Cuba uji ujian mudah ini.Jumpa 10 orang dan tanya apakah makna kejayaan.Kemudian pada orang yang sama tanya makna apa itu kegagalan.

Apakah jawapannya?
Hampir semua mempunyai takrif kejayaan yang berbeza.Ada yang kata kejayaan ialah bila kita berjaya menjadi nombor satu di dalam industri kita.Ada yang berkata kejayaan ialah bila kita berjaya mendapat RM 1juta.Ada yang berkata mendapat anak merupakan kejayaan.Pelbagai takrif diberikan kepada kejayaan.

Dan untuk takrif kegagalan,saya pasti ramai yang memberi takrif yang hampir sama.Kegagalan ialah gagal mendapat sesuatu.

Jadi mengapa kita harus berfikir tentang kegagalan?Takrif kegagalan sama sahaja untuk semua orang.Tetapi berfikirlah apa makna kejayaan kepada kita.Kerana takrifnya berbeza untuk setiap oraang.Mendapat RM 1 juta mungkin dianggap sudah berjaya untuk sesetengah orang,tetapi ada orang menggangap itu masih sedikit.Mereka menganggap RM1 billion barulah dianggap kejayaan.

Oleh itu,fikirkan makna kejayaan kepada anda?Takrif kegagalan sama sahaja dimana-mana.

P/s:Kongsilah makna kejayaan anda :-)

Najis Berat

Cerita Inspirasi, Islam 3 Comments

LEMBU: Hai anjing, engkau apa khabar? Sihat?  Kenapa engkau nampak muram sahaja?

ANJING: Aku tengah benggang  nih. Rasa hendak gigit je manusia tadi.

LEMBU : Aitt..Kenapa pula?

ANJING: Tadi aku pergi jalan-jalan dekay pantai. Aku lalu tepi dua orang manusia, lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Perempuan tersebut tidak suka dan beritahu kepada kekasihnya. Si lelaki tersebut pun berkata “Syoh anjing, pergi jauh-jauh. Engkau tu najis!”.

LEMBU: Yalah, betul cakap dia pun. Kan engkau najis tahap berat untuk manusia. Tulah diaorang marah.

ANJING: Itu aku tahu. Tetapi  kalau dia tersentuh aku, dia masih boleh disamak. Yang dia sentuh dan berkepit dengan kekasih dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa tu? Boleh hilang ke?

LEMBU: Betul tu, aku setuju dengan engkau. Memegang wanita yangg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat  daripada memegang engkau. Sebabnya dosa tersebut tak boleh disamak.

ANJING: Wah.. pandai juga engkau lembu. Mulai hari ini manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”. hehe

Apa yang dicari?

Quote Motivasi, Winner 2 Comments

Hari ini saya ingin kongsi bersama anda satu quote. Datangnya daripada khalifah kita yang kedua. Siapa lagi Umar Al-Khattab. Kenal tak? Hehe kalau tak kenal ini sudah kes serius ni. :-)

” Tidak akan engkau berasa gundah walau sekali jika engkau tahu apa yang dicari.”

Betul tu. Tengok betapa hebatnya Khalifah Umar mengenai pandangannya tentang kehidupan. Dalam hidup ini, kita mesti mempunyai matlamat. Tanpanya kita akan mudah terpesong ke jalan yang lain. Matlamat merupakan sesuatu yang wajib dalam diri kita. Apakah matlamat anda? Wang, keluarga,rumah? Walauapapun matlamat anda jangan dilupakan bekalan di sana, Hari akhirat. Itu yang paling penting. Mukmin yang bijak adalah mukmin yang sentiasa menyediakan bekalan untuk hari esoknya. Sebabnya mereka tahu hari tersebut adalah pasti.

Selain itu, mempunyai matlamat membuat kebanyakkan masalah kita selesai. Betul. Seperti yang dikatakan. Tidak engkau berasa gundah walau sekali. Sekali pun kita tidak akan berasa gundah jika kita tahu matlamat akhir kita.

Contohnya seperti kita hendak menjadi juara dalam sukan Olimpik. Kita berhasrat ingin memenangi emas. Jadi matlamat kita adalah emas. Disebabkan itu kita akan berusaha keras untuk mendapatkannya. Masalah yang datang seterusnya bagaikan tempias sahaja kerana kita tahu bahawa ini sebagai dugaan.

Berlainan pula jika tidak mempunyai matlamat, dugaan yang datang akan membuatkan kita merasakan dunia itu tidak adil. Kita mula menyalahkan takdir. Tiada matlamat menyebabkan cara pandangan kita terhadap sesuatu matlamat juga turut berubah.

Jadi, punyailah matlamat. Insan yang hebat adalah insan yang mempunyai matlamat. Abaikan kata-kata orang lain dan terus berusaha. :-)

Quote Motivasi, Winner No Comments

Bill Bradley yang merupakan pemain bola keranjang masih ingat lagi kata jurulatihnya. Kata tersebut telah memberi kesan yang besar dalam hidupnya. Ketika itu beliau berumur 15 tahun dan menghadiri kem latihan.

Jurulatih beliau, Ed Macauley telah berkata,

” Jika anda tidak mahu bekerja keras sehingga mengeluarkan potensi sebenar anda, tidak mengapa. Di luar sana tentu ada orang sanggup untuk melakukannya. Dan pada suatu hari nanti apabila anda bertemu, beliau sudah pasti mampu mengalahkan kamu.”

Kita mempunyai potensi sendiri. Yang penting guna dan optimumkannya. Jangan sekadar membiar sahaja. Bangkitkanlah gergasi yang tertidur dalam hidup anda. Anda lahir untuk menjadi wira.

Ps: Akhirnya masalah teknikal di bahagian komen berjaya diselesaikan. Silalah komen untuk berkongsi pendapat. :-)

« Previous Entries