“Anda perlu mempercayai diri anda ketika tiada siapa mempercayainya.
Itu yang membuatkan anda menjadi pemenang.”
Venus Williams
Pemain tenis professional
Professor Graham Jones merupakan professor yang telah menjalankan kajian terhadap kualiti minda yang membezakan antara atlit berprestasi tinggi dengan yang lain. Dalam penemuan tersebut beliau telah menyenaraikan kedudukan minda atlit ini. Hasilnya didapati bahawa kepercayaan terhadap diri merupakan keperluan yang berada paling atas untuk menjadi atlit yang berjaya. Kepercayaan terhadap diri amat penting dalam bidang sukan untuk seseorang berjaya. Tidak kira apa pun bidang sukan yang diceburi, mempunyai kepercayaan diri yang tidak dapat digugat dalam mencapai matlamat pertandingan yang membuatkan mereka berjaya.
Kepercayaan diri amat penting dalam diri individu. Tidak kira apa pun perkara yang dilakukan, percayakan kepada potensi diri anda. Selamat Tahun Baru Cina. Harap-harap tahun ini banyak terima limau.
Salam inspirasi


Naik semangat saya baca artikel ni. Simple dan mudah dihadam!
Dari pengalaman menjadi atilit, saya mengiyakan perkara ni.
Keyakinan diri amat penting dalam diri kita terutama apabila kita bersaing dengan orang yang dua kali ganda lebih hebat daripada kita dan dua kali ganda lebih berpengalaman daripada kita.
terima aksih saudara shueqry kerana sanggup singgah ke blog ini..lama tak dengar cerita..
Ya bah, lama betul hilang..apa khabar?
saya khabar baik..saudara?