Fakta tentang Yakult Malaysia (Seremban)

By

May 15, 2012Umum2 Comments

Fakta tentang Yakult Malaysia (Seremban) Beberapa hari lepas saya sempat melawat kilang Yakult Malaysia yang terletak di Seremban. Ini sebenarnya merupakan projek lawatan perniagaaan oleh pelajar di mana saya menjadi pegawai pengiringnya. Perjalanan dari UKM ke kilang Yakult sangatlah singkat, iaitu sekitar 30 minit sahaja.

yakult malaysia

Sebelum ini saya pernah mendengar tentang Yakult di televisyen tetapi kurang mempedulikannya. Ingatkan ianya hanyalah minuman seperti vitagen yang nampak seperti untuk kanak-kanak membesar. Namun selepas mendengar beberapa  fakta menarik tentangnya telah membuat saya berubah pendapat tentangnya.

Beberapa fakta mengenai Yakult:

1. Yakult mengandungi probiotik yang  merupakan bakteria baik. Secara umumnya, badan kita mempunyai dua jenis bakteria, iaitu bakteria baik dan jahat, dan Yakult mempunyai bakteria baik yang bernama “Lactobacillus casei Shirota”.(Shirota di belakangnya adalah disebabkan penemuan yang telah dibuat oleh saintis Jepun yang bernama Shirota)

2. Yakult sangat baik untuk masalah yang melibatkan penghadaman. Jika tidak percaya, minumlah ia dan InsyaAllah sakit perut anda akan berkurang. Ataupun, anda boleh sahaja minum pada keadaan sihat dan mendapati sistem penghadaman anda semakin baik. Ianya telah terbukti secara saintifik.

3. Adalah sesuai untuk mengambil sebotol Yakult setiap hari. Tetapi bagai saya cukuplah untuk mengambilnya sebotol untuk setiap selang masa 3-4 hari.Bukan apa, disebabkan info yang diterima, bakteriaYakult akan berada dalam tubuh badan kita sekitar sebulan lebih.Lagipun boleh menjimatkan duit disamping menjaga kesihatan. :-P

4.Bakteria dalam Yakult juga terbukti secara saintifik  untuk membunuh sel yang melibatkan kanser.

5.Semua Yakult yang ada di Malaysia ini datangnya daripada kilangnya di Seremban yang menghasilkan sekitar 36,000 botol sehari kalau tidak silap saya.

6.Yakult sebenarnya sudah lama wujud di merata negara dan hanya memasuki Malaysia lewat tahun 2000 kerana masalah polisi perniagaan. Katanya, untuk masuk ke Malaysia ketika itu memerlukan JV dengan pegangan pihak Bumiputra. Pihak syarikat Jepun ketika itu tidak mahu kerana ia mahu memiliki perniagaan ini 100%.

7.Kalau anda  perasan, kebanyakan hospital di Malaysia ini menggunakan Yakult sebagai minuman untuk pesakit mereka. Terutamanya hospital swasta.

8. Apa yang membuat Yakult mampu bersaing dengan minuman kesihatan yang lain adalah disebabkan ia terbukti secara saintifik.

Hoho, itulah antara sumber saya dapat tentang minuman ini yang telah mengubah pandangan saya. Saya bukanlah ingin mempromosi minuman ini atau wakil agennya. :-P

Salam inspirasi!

2 Responses to “Fakta tentang Yakult Malaysia (Seremban)”
  1. karen millen online

    Hi What’s up Hi there Hello kids children little ones, you all must have to should watch funny hilarious comical comic videos movies video clips video tutorials video lessons, but however remember keep in mind take into account that first study then enjoyment ok okay.

  2. Shirley90698

    superb post. Ne¡¯er knew this, regards for letting me know.

Leave a Reply

CommentLuv badge