Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan walaupun Ramadhan sudahpun masuk hari ke-4. Masih awal lagi tu
… Server laman web ini telah down untuk beberapa hari, lebih tepat untuk 2 hari menyebabkan saya tidak membuat apa-apa selama itu. Sibuk menghubungi pihak server. Ini kerana gara-gara bandwith bulanan telah melebihi had sepatutnya. Akhirnya keputusan diambil untuk menambah lagi bandwith.
Mungkin duit sedikit perlu keluar, tetapi sebenarnya saya gembira. Ini bermakna pembaca blog drInspirasi.com telah bertambah. Apabila disemak, rupa-rupanya pertambahan sebanyak 3 kali ganda kalau dibandingkan dengan jumlah pelawat 2 bulan lepas,iaitu bulan Julai berbanding Mei. Wah, banyak sungguh. Syukur. Semoga terus menyokong drInspirasi.com!
Terima kasih pelawat setia, untuk pelawat baru semoga artikel yang dikongsi memberi manfaat. Terus menyokong drInspirasi.com!
Salam Ramadhan dan inspirasi!



