Beberapa Perkara Tentang Drinspirasi.com

Beberapa Perkara Tentang Drinspirasi.com

Sebenarnya ada beberapa perkara bermain dalam minda saya.Pertama tentang pertandingan Social Media Awards 2012. Keduanya  pula tentang masa hadapan blog drinspirasi.com. Kedua-duanya tentang matlamat ingin dicapai oleh saya untuk tahun 2012 ini.

1.Pertandingan Social Media Award 2012

Lama sungguh saya menulis blog untuk drinspirasi.com. Rasa-rasanya sejak  tahun 2008. Kini ia sudah pun menjangkau hampir 3 tahun lebih. Entah bermanfaat ataupun tidak isi kandungan blog ini. 3 tahun, hendak diikutkan ianya sesuatu tempoh yang panjang. Walaupun lama, tetapi saya merasakan blog ini tidak seperti blog lain yang mempunyai ramai pembaca yang berkembang selaras usia. Mungkin disebakan isi yang lebih kepada pendidikan.

Pernah juga di hati saya bercadang untuk menutup dan memberhentikan operasi blog ini lantaran penulisan yang tidak segah blog lain. Salah satu sebabnya, kerana dari sudut kewangannya ianya tidak pun memberi hasil seperti diharapkan. Senang cerita, kata orang dalam perniagaan, blog ini tidak menguntungkan.

Tetapi ada hati halus lain berbicara bahawa ini blog ini sebenarnya berpeluang menjana pahala yang berterusan. Mungkin suatu hari nanti apabila saya tiada, orang yang membaca pada kemudian hari akan dapat memberi pahala berterusan kepada saya. Disebabkan keyakinan ini saya terus menulis.

Tetapi saya memerlukan indicator. Untuk menguji adakah ianya baik ataupun tidak.Setidak-tidaknya bermanfaat kepada sebahagian pembaca. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan yang memberikan penghargaan kepada blog-blog yang terdapat di Malaysia. Pertandingan ini telah pun saya ketahui lebih awal, tetapi malas rasa diri ini untuk mendaftar mengenangkan banyak blog lebih hebat. Tetapi entah kenapa, semalam saya merasakan ingin mendaftar sekali, saya merasakan tidak salah mencuba. Tidak salah berharap sesuatu yang mustahil. Seperti tulisan saya di dalam buku ‘Menjadi Lebih Bertuah’. Mungkin ada rezeki di sini untuk saya memenangi pertandingan ini. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Kun fayakun. Jadi maka jadilah. Tiada apa yang mustahil jika itu yang Allah hendak ianya terjadi. Jika kalah pun sebenarnya saya tidak kisah, saya mendapat manfaat lain, sekurang-kurangnya saya tahu ‘indicator’ blog ini.

Justeru itu saya pun mendaftar walaupun tempoh untuk memungut undi nampak semakin singkat. Ianya akan ditutup pada 28hn Januari ni. Tempoh dalam masa 2 hari untuk mengumpul undi. Entah sempat ke tidak.

Jadi pembaca sekalian, dari ikhlas hati saya mengucap ribuan terima kasih kerana menyokong laman drinspirasi.com selama ini. Jika anda merasakan bahawa blog ini layak untuk kategori “Best Educational Blog” harap anda boleh mengundinya

Langkah-langkah untuk melakukan undian :

1. Masuk sini : http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=1

2. Sign Up

3. Vote : drinspirasi.com/blog


2.Masa depan Drinspirasi.com

Kedua, kaedah apakah patut saya teruskan blog ini. Bermain dalam minda saya, adakah saya perlu menulis seperti biasa sahaja. Di mana saya pemain solonya, berkongsi artikel dan idea dari kepala ini. Ataupun kedua, saya menjadikan blog ini sebagai platform segala artikel motivasi. Ini bermaksud, segala artikel motivasi dapat dibaca di sini dimana drinspirasi.com menjadi platform untuk semua orang menghantar artikelnya. Mudah bicara, seperti iluvislam.com, tetapi ini lebih kepada motivasi.
Bagaimana? Saya mohon pandangan anda..
Salam inspirasi dan ukhwah.. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

One Response to “Beberapa Perkara Tentang Drinspirasi.com”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com