Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ini saya buka kategori baru iaitu ruangan ‘catatan’. Kategori ini mengisahkan hal kehidupan diri yang dialami dan ingin saya kongsikan. Semoga anda tidak bosan membacanya. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Hoo. Selamat membaca. Dalam kisah ini saya gantikan perkataan saya kepada ‘aku’. Baru nampak feeling sedikit. Selamat menghayati dan jangan lupa untuk komen ya!
Catatan:
Hari ini aku bangun awal. Sedikit awal daripada kebiasaan kerana ada peperiksaan professional aktuari di Kuala Lumpur yang perlu aku duduki. Peperiksaan professional kertas Matematik Kewangan (Financial Mathematics). Komuter pukul 6.30pagi berjaya aku naiki. Tiba di pusat peperiksaan jam menunjukkan waktu menghampiri jam 8.00 pagi.
Tidak banyak orang yang mengambil peperiksaan ini. Mungkin bidang ini kurang diceburi kerana rata-rata lebih berminat untuk menjadi doktor, ahli farmasi, jurutera sebagai pilihan hati. Namun begitu, ia mempunyai permintaan yang tinggi.Terdapat sekadar puluhan sahaja aktuari yang bertauliah di Malaysia, sangat jauh berbeza dengan permintaannya yang tinggi. Owh, pembaca, jika anda mempunyai anak-anak atau berminat dengan bidang kewangan, ceburilah bidang ini. Sangat berbaloi jika berjaya menjadi aktuari bertauliah. Hehe..sedikit promosi..
Sebenarnya terdapat dua kertas yang akan kududuki. Peperiksaan Probability (Kebarangkalian) pada minggu depan dan kertas Financial Mathematics (Matematik Kewangan) pada hari ini. Sedikit keyakinan terbit. Berdasarkan latihan dan ulangkaji yang dibuat, insyaAllah terdapat sedikit keyakinan untuk lulus peperiksaan tersebut. Walaupun kebiasaanya, kebarangkalian orang yang mengambil peperiksaan itu gagal adalah tinggi.
Peperiksaan bermula pada pukul 8.30pagi. Selam 3 jam dan terdapat 35 soalan objektif yang perlu dijawab. Topik berkaitan kewangan, pinjaman, kiraan nilai dan pelbagai lagi. Aku terus menjawab dan terus menjawab. Akhirnya 3 jam pun berlalu. Berdasarkan pengalaman 3 jam yang dilalui, terdapat sedikit kurang keyakinan terhadap jawapan yang diberi. Hal ini kerana terdapat sebahagian topik kecil yang tidak dipelajari dan malangnya soalan itu yang kelur paling banyak…aduh..
Akhirnya 3 jam tamat. Peperiksaan dibuat dengan komputer maka keputusan akan dapat sejurus beberapa kemudian minit sahaja. Berdebar hatiku. Ia bukan sekadar perjuangan aku sahaja tetapi memandangkan amanah besar yang diberi. Lebih-lebih lagi peperiksaan ini ditanggung oleh pihak universiti.
Apabila keputusan diumumkan…



so…cmne?..haha
saspen je…