Kerjaya Pilihan
Sering kali kita ditanya dan kita mungkin terfikir apakah kerjaya pilihan yang sesuai dengan diri. Kerjaya apakah yang mampu membuat kita berjaya. Kerjaya seperti mankah yang mampu memberikan kepuasan daripada bentuk gaji, semangat melakukannya dan lain-lain. Pening juga jika memikirkannya.
Adakah kerjaya seperti doktor, jurutera, arkitek, akauntan merupakan kerjaya pilihan yang perlu dipilih? Hal ini kerana menurut rakan-rakan anda ia mempunyai prospek yang tinggi. Adakah kerjaya seperti usahawan perlu diceburi?
Untuk menjawab persoalan ini, saya lebih suka melihat daripada 2 pendapat:
Fokus pada bakat anda:
Tidak semua orang dikurniakan bakat yang sama. Mungkin seseorang itu pandai melukis dan kawannya pula tidak tetapi pandai mengira dalam hal matematik dan kewangan. Kemampuan setiap orang adalah berbeza. Tidak mungkin Dato Fernandes mampu menggantikan tempat Dato Lat. Begitu sebaliknya. Dato Lat dan Dato Fernandes berjaya pada hari kerana mereka memberi tumpuan pada bakat diri masing-masing.
Anda mungkin boleh melakukan perkara yang tidak anda mempunyai bakat dalamnya. Tetapi perkara itu perlu mengambil masa yang lebih lama berbanding seseorang yang mempunyai bakat dalamnya. Saya akui terdapat faktor lain yang perlu dikira seperti usaha,persekitaran dan lain-lain, tetapi memberi tumpuan kepada bakat akan memberi kelebihan kepada anda. Ini disebabkan anda sudahpun selangkah lebih kehadapan berbanding orang lain.
Menjadi golongan 20% :
Seterusnya adalah menceburi sesuatu bidang di mana anda dapat menjadi salah seorang daripada golongan 20%. Pendapat ini adalah daripada konsep Hukum Pareto. Penulisbuku 20/80, David Koch telah mencadangkan seseorang itu untuk terlibat dalam bidang yang mampu membuatkan diri individu tersebut berada golongan 20%.
Tidak ada had kejayaan untuk sesuatu bidang. Anda mampu berjaya tidak kira apa bidang yang anda sertai. Tetapi yang penting , sertailah kerjaya yang anda mampu menjadi golongan 20% daripadanya. Contohnya, semua orang boleh menjadi penjual insurans/takaful. Tetapi hanya golongan 20% sahaja dari jumlah penjual insurans/takaful yang mendapat berjaya dalam pekerjaan mereka. Begitu juga dengan penulis, bukan semua buku laris. Hanya sekitar 20% sahaja buku yang laris. Jadi, cubalah berada di dalam golongan tidak. Jika tidak, agak sukar untuk anda berjaya. Perkara yang sama juga berlaku dalam bidang lain.
Saya harap tips hari ini membantu.
Salam inspirasi!


