Tersebutlah kisah, pada zaman dahulu pencarian emas begitu menjadi keghairahan hampir kebanyakkan orang. Masing-masing berharap mereka dapat menjadi tuan punya atau menemui lombong yang penuh dengan emas. Emas yang banyak membuat mereka menjadi tersangat kaya. Kekayaan yang pastinya tidak akan habis walaupun sudah tujuh keturunan yang memakan hasilnya.
Oleh itu, ramai yang sanggup mengembara dan merantau mencari peluang dan mencuba nasib untuk mencari emas. Begitu juga dengan Amin. Amin begitu berminat dan teruja untuk menjadi kaya. Dia merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kerna beliau hanyalah seorang tuan punya kepada sebuah ladang.
Lalu Amin pun membuat keputusan. Dia membuat keputusan untuk menjual rumah dan ladanganya kepada seorang petani tua. Beliau ingin mencuba nasibnya menyertai sekumpulan untuk mencari emas.
Lalu berangkatlah Amin menyertai kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut saling merantau dan berpindah antara satu tempat ke tempat yang lain. Dimana sahaja emas kedengaran ditemui, mereka akan bergegas untuk pergi ke tempat tersebut. Beberapa tahun berlalu, tetapi mereka belum menemui hasil yang diingini.
Berbeza pula dengan kisah petani yang membeli ladang dan rumah Amin. Pada suau hari, ketika mencangkul ladang tersebut, dia merasakan beliau telah menyangkul sesuatu yang keras. Sangkaannya dia telah menyangkul seketul batu besar.Tetapi anehnya, batu tersebut berkilau dan berwarna kekuningan. Dia merasakan ada sesuatu dengan penemuan tersebut. Lantas petani tua itu pun memanggil pakar untuk mengenal pasti bahan tersebut.
“Encik, selepas analisis dibuat, kami mendapati benda ini adalah emas. Kami mengesyaki bahawa ladang encik merupakan lombong emas.”
Betapa terkejut si petani dengan berita yang diterima. Dia begitu bersyukur dengan rezeki yang diberi kepadanya. Keesokkan harinya si petani tersebut telah memanggil pihak yang berkaitan untuk meneruskan penggalian hasil emas di ladang tersebut. Ternyata beliau bukan sahaja mempunyai lombong emas, tetapi lombong emas yang terbesar di dunia.
Kesimpulannya? Apa kata anda kongsi bersama-sama.






