Tersebutlah kisah, pada awal tahun 2008, seorang pemuda telah menulis matlamatnya. Dia telah mencatatkan beberapa matlamat. Salah satunya, pemuda tersebut berharap dia dapat menghasilkan sebuah…………………… Tetapi malangnya, apa yang ditulis tidak menjadi kenyataaan apabila detik 2008 berakhir.
Pelbagai buku motivasi kejayaan telah dibacanya. Dalamnya menyatakankan bahawa untuk memperolehi sesuatu, langkah awal adalah dengan menulis matlamat. Dia telah melakukannya, tetapi mengapa masih gagal? Pemuda itu kehairanan. Mengapa ianya tidak menjadi kenyataan. Adakah semua buku motivasi itu hanya berbicara kata-kata manis sahaja?
“Apabila kita menulis matlamat kita, ianya menyedarkan minda kita. Ianya bagaikan suis kehidupan yang mula sentiasa menyala. Walaupun kita tidur, minda kita tetap terus bekerja. Mencari penyelesaian untuk merealisasikan impian tersebut. Ianya terus berfungsi dan sentiasa mengingat minda untuk terus bekerja. Ia akan menyuruh selagi impian yang ditulis belum dipadam di atas kertas tersebut.”
Tahun 2009 muncul. Pemuda tersebut masih lagi berharap. Berharap apa yang ditulis menjadi kenyataan. Dan sememangnya ia mula menjadi kenyataan. Anda ingin tahu salah satu impiannya?
Salah satu impian pemuda itu adalah seperti gambar dibawah………
Kesimpulannya, apa yang anda inginkan.Tulislah ia. Ia akan membuat minda anda bekerja. Berusaha mencari penyelesaian. Berusaha mencari jalan untuk merealisasikan impian tersebut. Mungkin impian tersebut lambat setahun, 3 tahun, 10 tahun tetapi saya pasti ianya berbaloi bukan?
PS: Haha dramatik sungguh kisah saya..
PSS: InsyaAllah buku ini akan memasuki pasaran MPH, Popular dan lain-lain sebulan daripada sekarang. Doakan kejayaannya.
