Assalamualaikum,
Topik hari ini adalah tentang Hukum Parkinson. Pernah dengar tentangnya? Bukan penyakit Parkinson yang menggigil itu ye..
Hukum Parkinson adalah tentang bagaimana manusia akan menggunakan seboleh mungkin masa yang diberikan kepada mereka. Contohnya seperti untuk melakukan tugasan. Seorang guru telah mengarahkan pelajarnya untuk melakukan tugasan dan tempoh yang diberikan adalah selama 2 minggu. Adakah pada akhirnya kebanyakkannya akan siap? Ya, kebanyakkan pelajar akan menyiapkannya.
Bagaimana pula senario pada kali ini guru tersebut mengatakan bahawa tugasan yang diberi perlu disiap dalam masa seminggu. Adakah akan siap? Saya pasti kebanyakkan akan siap juga. Persoalan di sini, adakah tugasan itu sebenarnya memerlukan masa 2 minggu? Tidak! Ini kerana seboleh mungkin manusia gemar untuk menggunakan sehabis mungkin masa yang diberi. Alangkah sayangnya.. Inilah hukum Parkinson dalam kehidupan kita.
Dapatkah anda perasaan benda ini dalam kehidupan harian?



