Tugasan yang Mana?
Apakah yang akan anda lakukan jika anda kini mempunyai dua tugasan yang sama penting? Tugasan A dan B mempunyai 2 keberatan yang berbeza tetapi kedua-duanya penting. Contohnya, anda berasa berat untuk melakukan perkara A dan lebih gemar melakukan perkara B kerana kelihatan mudah bagi anda. Perkara yang mana yang akan menjadi keutamaan anda?
Contohnya saya ambil keadaan sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar perlu menyiapkan 2 ‘assignment’. Kedua-dua assignment adalah penting baginya, tetapi salah satu agak berat dan kurang menyenangkan baginya. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut terpaksa melakukannya. Assignment mana yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Setiap orang mempunyai pendapatnya tersendiri. Disini saya kongsi pendapat mereka.
Lakukan perkara yang mudah dahulu
Mulakan membuat tugasan yang mudah dan menyenangkan bagi anda. Tujuannya adalah disebabkan untuk mengwujudkan momentum bagi diri anda. Bak kata analogi mudah, sebagai ‘senaman ringan’ sebelum anda melakukan sesuatu yang lebih sukar.
Lakukan perkara yang sukar dahulu
Menurut Brian Tracy, beliau mencadangkan untuk memulakan hari dengan tugasan yang sukar atau yang anda kurang gemar melakukannya. Hal ini kerana pada awal hari anda masih lagi bertenaga dan mempunyai daya fokus yang lebih tinggi. Selain itu, anda masih mampu berfikir dengan lebih baik. Anda sangat memerlukan kedua-dua itu,apabila melakukan tugasan yang sukar.
Kemudiannya teruskan denagn aktiviti yang digemari anda. Walaupun anda mungkin sudah penat, tetapi memandangkan anda membuat sesuatu yang digemari anda, maka ‘momentum’ anda pada itu tetap kekal.
Bagi saya?
Pengalaman saya, saya mengikut tips yang dikongsikan oleh Brian Tracy. Saya akan memulakan tugasan yang kurang digemari saya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah ke tugasan yang kedua. Tips pertama kurang sesuai dengan diri saya, kerana saya merasakan sedikit ‘ malas’ apabila ingin melakukan tugasan yang lebih berat selepas melakukan tugasan yang senang. Membuatkan momentum saya menurun.
Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat dan tahap psikologi yang berbeza. Kenali kekuatan dan kelemahan diri anda untuk mendapa manfaat keseluruhan. Harap tips ini membantu!
Salam inspirasi!










