Sanggup untuk Susah
Untuk berjaya bukan mudah. Kita mestilah sanggup untuk merasai kesusahan. Kerana dalam perjalanana menuju kejayaan itu, pasti ada beberapa peristiwa yang menduga diri. Kita akan menghadapai pelbagai peristiwa yang akan menguji emosi, tindakan dan kepercayaan diri kita.
Semua ini sememangnya sangat mencabar, sehingga kadang kala kita terpaksa mengubah tindakan, emosi dan kepercayaan kita menghadapinya. Kita mungkin terpaksa mengubah tindakan kerana tindakan tersebut tidak lagi relevan pada masa itu. Pada masa itu, kita terpaksa mengubah kepercayaan diri kita yang kita percaya selama ini.
Apa yang membezakan seorang yang biasa dengan juara adalah kesanggupan unutk menolak diri melakukan sesuatu yang sukar. Juara atau pemenang sanggup untuk susah dan menolak diri melakukannya. Mereka sanggup mengetepikan ketakutan untuk membuatnya.
Salah seorangnya adalah Arnold Schwarzenegger. Arnold kini merupakan Garbenor di salah sebuah negeri di US. Sebelum menjadi Gabenor beliau pernah berlakon dalam filem Terminator dan merupakan bekas juara bina badan. Katanya dalam perjalanan menjadi juara bina badan,
“If you can go through the pain period, you make it to be a champion. If you can’t go through it, forget it. And that’s what most people lack: having the guts-the guts to go in and jut say…’I don’t care what happens.’”



