Perspektif
Apakata anda lakukan aktiviti ini. Duduk berseorangan di suatu tempat yang tenang kerana anda akan berimaginasi.
Keadaan Bahagia
Cuba bayangkan anda berada di suatu tempat yang begitu indah. Anda begitu selesa duduk di situ.Kemudiannya cuba bayangkan memori manis yang berlaku pada anda. Contohnya seperti anda pernah mendapat pujian daripada majikan kerana prestasi kerja yang baik, ataupun pernah memenangi perlawanan lumba lari, ataupun saat ketika anda memakan makanan kegemaran anda. Muka anda begitu riang sekali melihat makanan tersebut.Cuba bayangkan beberapa keadaan positif itu sejelas mungkin.
Tanpa anda sedar, mood anda semakin baik kerana pengaruh imaginasi positif ini. Anda mula berasa seronok,anda mula melihat sesuatu itu lebih positif.
Selepas beberapa minit…cuba teruskan dengan aktiviti ini.
Keadaaan Negatif
Cuba bayangkan anda berada dalam keadaan yang begitu teruk sekali. Anda berada di tempat yang kotor, dan sampah sarap berterabur dengan begitu banyak sekali.Kemudiannya cuba bayangkan kenangan pahit anda yang pernah anda alami. Contohnya seperti dimarahi oleh ayah, ataupun boss.
Atupun anda boleh mengingati saat sedih seperti putus cinta contohnya dan pelbagai lagi.Perhatikan ‘mood’ anda ketika itu. Anda akan perhati anda kini berada dalam keadaan yang begitu sedih sekali. Anda berasa seperti ingin menangis,marah atau muram.
Apakah pengajaran daripada 2 situasi ini?
Aktiviti ini jelas dilakukan di tempat yag sama. Tetapi anda dapat merasai 2 emosi yang berbeza iaitu positif dan negatif. Walau apapun emosi anda, keadaan persekitaran di mana anda berimaginasi tidak berubah kerana ianya di luar kawalan kita. Keadaan sebelum dan selepas persekitaran tetap sama.
Begitu juga dengan kehidupan. Tatkala kita dihadapkan dengan sesuatu peristiwa, kita mempunyai 2 pilihan. Sama ada untuk memilih untuk memberikan respon yang positif ataupun respon yang negatif. Kita tidak dapat mengawal peristiwa itu kerana ianya berada di luar kawalan kita. Tetapi kita boleh mengawal 2 pilihan ini. Ini tanpa sedar member pengajaran kepada diri bahawa kita sendiri yang mengawal emosi kita. Jadi, pilihlah untuk sentiasa positif dan melihatnya dengan penuh hikmah.
Salam inspirasi!





