Assalamualaikum dan salam sejahtera,
3-4 hari yang lalu saya telah memberi sebuah soalan untuk difikirkan. Dan nampaknya ramai telah berjaya berfikir di luar kotak. Terima kasih atas jawapan anda di ruangan komen ataupun melalui email.
Soalan:
Abu berada dalam sebuah bangunan yang berketinggian 20 tingkat. Bangunan itu berada di tengah bandar. Daripada biliknya,Abu dapat melihat pandangan yang menarik. Tiba-tiba Abu mengambil keputusan untuk keluar dan terjun melalui tingkap. Peliknya Abu tidak mati atau pun cedera walaupun terjun tingkat daripada biliknya. Mengapakah berlaku demikian?
Jawapan:
Teng..teng.. jawapannya adalah kerana Abu melompat daripada tingkat 1 ataupun tingkat G.
salam inspirasi!








