“Pekerjaan manakah yang akan membuat anda bahagia?”
Masa untuk berfikir. Beri pandangan anda di ruang komen ya. Kalau anda lupa situasinya, sila rujuk post di bawah.
Post 2 hari lepas :
"Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin menanya soalan mudah untuk anda. Tiada artikel motivasi tetapi satu soalan yang menarik. Silalah bagi jawapan anda di ruang komen ya.. Sama-sama kita berkongsi pandangan.
Anda ditawarkan 2 pekerjaan. Pekerjaan A menawarkan gaji sebanyak RM3000 dan sebagai bos di syarikat A. Maksudnya, gaji pekerja lain di syarikat A adalah lebih rendah daripada anda. Manakala untuk gaji di syarikat B, anda ditawarkan gaji sebanyak RM4000. Tetapi masalahnya di sini, gaji untuk semua rakan sekerja anda di sini adalah lebih tinggi daripada anda. Hal ini kerana mereka merupakan bos anda dan jawatan anda di syarikat B tersebut hanya jawatan rendah.
Persoalannya, pekerjaan mana merupakan pilihan anda?"


