Assalamualaikum dn salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsikan sebuah video yang saya dapati daripada facebookk seorang sahabat. Sangat menarik.
Mengisahkan mengenai sabar dan usahlah bersedih. Lebih-lebih lagi ditambah soundtrack muzik di belakang, menambahkan lagi kesan video tersebut. Memang saya layan lihat video ini.
Tatkala kita rasa susah ataupun tidak terdaya,ingin menangis sekuat-kuatnnya, ingat dan lihatlah semula video ini. Serahkan segalanya kepada si Dia.
La Tahzan – Adakah kamu sedang bersedih? Adakah kesedihan itu suatu yang terlampau berat sehingga kamu tak mampu nak lihat nikmat yg diberi Allah selama hidup ini? Berapa banyak manusia yg bersyukur dan memerhatikan nikmat yg diberi Allah setiap hari berbanding mereka yg mengeluh kerana ditimpakan ujian? Berapa ramai yg lebih tahu erti kesabaran dalam hidup? Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!
” Ya Allah Ya tuhanku, janganlah engkau biarkan aku membuat keputusan itu sendiri. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Sesuatu yang baik pada manusia belum tentu baik padaMu. Sesuatu yang buruk bagi manusia belum tentu buruk padaMU.”

