Adakah Siti Nurhaliza, Mawi Bertuah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebuah kisah inspirasi untuk direnungi. Gary Player merupakan salah seorang ahli golf hebat yang pernah dilahirkan. Beliau seorang yang mempunyai tubuh yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan pemain lain. Namun begitu, kelebihannya bukan terletak di situ. Beliau mempunyai kelebihan daripada segi usaha dan sanggup bekerja lebih kuat daripada orang lain. Ketika orang lain mungkin sedang berehat dan menonon televisyen, beliau berusaha memperbaiki mutu pukulan bolanya. Beliau memperbaiki apa yang tidak kena padanya.

Disebabkan itu beliau telah bertuah dalam pemainannya. Tuah tersebut telah membantunya memenangi pertandingan Masters sebanyak 3 kali dan termasuklah pertandingan lain. Tubuhnya kecil sahaja, tetapi beliau telah memenangi banyak pertandingan.

Apabila ditanya mengenai kemenangannya, “ Bagaimanakah saudara boleh menjadi begitu bertuah?”

Beliau hanya menjawab,” Semakin kuat saya bekerja, semakin bertuahlah saya.”

PS : Rasa-rasanya adakah Siti Nurhaliza, Mawi bertuah? :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

5 Responses to “Adakah Siti Nurhaliza, Mawi Bertuah?”

  1. nafis says:

    menjadi lebih bertuah..mcm pernah bace je buku tu.

  2. Saiful Izzuan says:

    buku ini belum ada di pasaran..mungkin versi yang dibaca adalah versi Enggeris

  3. Nabieel SR says:

    Saya rasa memang kita hanya dengar pada perkataan “Semakin kuat saya bekerja, semakin bertuahlah saya”

    Tetapi kita tidak pernah terfikir dengan lontaran kata itu juga si tukang tanya, akan berkata lebih kurang “wah, kuatnya dia ni” bukankah ini satu doa? :D

    Samalah dengan Siti Nurhaliza dan juga Mawi. Satu kejayaan yang dia dapat ramai orang yang berkata positif padanya. Eh..kayalah Mawi dengan Siti menang malam tadi. Ia merupakan satu doa kekayaan bukan untuk malam itu sahaja, tetapi untuk sepanjang hidupnya.

    Cuba bayangkan jika nama saya sehari 100 orang berkata “Nabieel hebat dan kaya” darab dengan 365 hari. Saya juga boleh menjadi sepeti mereka. :D

  4. Dan Thies says:

    … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/adakah-siti-nurhaliza-mawi-bertuah/ [...]…

  5. … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/adakah-siti-nurhaliza-mawi-bertuah/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com