Cinta Sejati

Terdapat suatu cerita mengenai cinta. :-)

Pada masa dahulu, terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik.
Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.

Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya.

Bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?

Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata.

Soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah

Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.

Begini sebenarnya, untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu lakukan perkara ini. Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini. Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik. Ingat cuma satu sahaja. Kamu juga dilarang berpatah balik.

Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.

Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.

Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.

Begini ketika saya berjalan, saya ternampak satu bunga yang cantik, tetapi apabila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan. Ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya. Saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun. Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .

Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.

Pembaca sekalian, begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini. Bunga-bunga yang ada dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.

Oleh kerana terlalu memilih, akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Kesannya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Paling teruk kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

13 Responses to “Cinta Sejati”

  1. Shueqry says:

    Bersemangat saya baca artikel kali ni.

    jadi, bila dah mendapat cinta yang sejati nanti, jagalah ia sebaik mungkin, seolah-oleh itu cinta yang terakhir

    Orizz, artikel kamu menyentuh hati..tq

    -Shueqry-

  2. markissa says:

    cinta memerlukan keikhlasan mana mungkin menemukan kesempurnaan dalam semua segi tetapi apabila hati telah jatuh cinta .. secara semulajadi..kita boleh menerima kelebihan dan kekurangan sebagai pelangkap kehidupan.. mencintai perlu tanpa prasyarat..

  3. ikhwann says:

    ,,,hingga akhirnya kita kehilangan sesuatu yg hampir pasti menjadi milik kita,,,,,,kerana inginkan yg terbaik dlm mendapatkan cinta,,
    Sbelum terlewat, ucapkan kata cinta padanya kerana cinta itu berhak utk sesiapa saja,,

  4. ina says:

    saya sgt tersentuh dgn cerita tersebut.tidak ramai orang memperolehinya dan namun begitu kita harus banyak bersabar kerana itu adalah ujian dari allah swt kepada kita.

  5. … [Trackback]…

    [...] Read More Infos here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/cinta-sejati/ [...]…

  6. Lainaa says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/cinta-sejati/ [...]…

  7. deze site says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/cinta-sejati/ [...]…

  8. tire reviews says:

    … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/cinta-sejati/ [...]…

  9. pipedream says:

    …Click here for or more Information…

    [...]Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging for?[...]…

  10. site says:

    … [Trackback]…

    [...] There you will find 66931 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/cinta-sejati/ [...]…

  11. …Check this out…

    [...]you make blogging glance[...]…

  12. naar barca says:

    …Check this out…

    [...]Wow, incredible weblog format! How lengthy have you ever been running a blog for?[...]…

  13. pagina says:

    Trackback…

    [...]I am not positive where you are getting your info, however good topic.[...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com