Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas saya sempat melihat How To Train Your Dragon. Saya betul-betul enjoy melihat cerita tersebut. Sebuah kisah yang menarik untuk ditonton. Bagi saya, ianya sangat berkait rapat dengan BAKAT. ![]()
Penduduk di perkampungan Berk merupakan penduduk yang dikenali sebagai puak Viking. Mereka merupakan golongan pahlawan. Disebabkan itulah mereka tidak berpindah walaupun kawasan tersebut sering diserang oleh naga. Jadi tugas mereka adalah berlawan dengan naga apabila mereka diserang. Hiccup merupakan salah seorang pemuda daripada puak tersebut yang bercita-cita untuk berbakti pada kampungnya. Walau bagaimanapun, dia mempunyai kelemahan. Dia terlalu lemah untuk membuat semua itu. Daripada melompat sehinggalah mengangkat senjata.
Menjadikan cerita ini lebih menarik, ayah Hiccup merupakan ketua puak tersebut yang sangat kuat dan gagah. Ayahnya agak terkilan dengan kebolehan anaknya yang tidak seberapa. Tetapi, Hiccup telah membuktikkan sebaliknya. Dia menggunakan cara yang lain untuk ‘berlawan’ dengan naga. Tanpa sedar dia telah menggunakan bakatnya. Malah dia menjadi puak Viking pertama yang menunggang naga sejak 300 tahun dahulu.
Hiccup berjaya menjadi orang yang berpengaruh di kampungnya. Walaupun dia tidak memiliki bakat dan kebolehan seperti ayahnya, tetapi beliau berjaya mengubah ‘suasana’ kampung tersebut. Cerita ini memberi pengajaran bahawa setiap orang boleh berjaya dengan cara mereka sendiri. Mari mencipta kejayaan!
Selamat menonton…




Belum berkesempatan lagi menonton filem animasi ini..
salam perkenalan dr inspirasi..
Salam perkenalan juga untuk Tuan Nuaeman. Boleh tonton nanti~
… [Trackback]…
[...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/hiccup-yang-berbakat/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Find More Informations here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/hiccup-yang-berbakat/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/hiccup-yang-berbakat/ [...]…
… [Trackback]…
[...] There you will find 62935 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/hiccup-yang-berbakat/ [...]…