Jangan Takut Untuk Meminta

 

“Jika anda tidak suka apa yang anda dapat, jangan takut untuk menolaknya dan meminta apa yang anda inginkan.”

 

Jika kita tidak suka, maka jangan takut menolaknya. Kemudian, beranikanlah diri meminta apa yang kita inginkan. Perasan tak sesuatu? Semasa kita kecil, jika kita tidak suka sesuatu maka kita akan kata buangkannya atau bersikap terus terang. Kita tanpa segan silu mengatakan bahawa biskut tersebut tidak sedap, kita mahukan gula-gula yang manis.

Tetapi lama kelamaan sifat ini semakin hilang. Masa berganjak. Kita mula menerima apa yang diperolehi. Sebabnya pada anggapan kita, dunia memang begitu. Akhirnya ianya menjadi tabiat kita. Dalam lubuk diri, tertanam erat tidak semua yang kita impikan akan kita perolehi. Ini adalah pendapat salah. Anda mampu memperolehi apa yang anda inginkan. Anda mampu memperolehi apa yang anda impikan. Cuma apa yang penting anda berani untuk memintanya.

Sedikit kisah saya. Saya suka makan ayam di KFC. Tetapi bukan selalulah.  Sneak plate merupakan pilihan saya seperti mana yang diketahui umum mengandungi 2 ketul ayam. Tetapi masalahnya, saya tidak suka apabila pihak ‘cashier’ memberi ayam bahagian paha pada saya.  Saya suka bahagian dada. Yang peliknya, saya tidak berani menyatakannya. Saya menerima sahaja keadaan tersebut. Saya akur dengan apa yang diperolehi. “Ayam paha pun pahalah walaupun sebenarnya saya tidak sukakannya.”

Namun begitu, sebuah ayat daripada buku telah membuka minda saya.

” Jika anda tidak suka, maka pintalah apa yang anda anda suka.”

Ayat ini membuat saya tersentak. Ya, mengapa tidak?. Sejak hari itu apabila pergi ke KFC saya akan berkata.

 

” Bagi sneak plate ya. Dua-dua ketul ayam nak dada

dan tak mahu paha.”

 

Begitu juga dengan kehidupan. Saya merayu pada anda jangan takut meminta. Hidupkanlah sisa impian anda kembali. Beranilah meminta kehidupan yang anda inginkan.

Ps : Sejak hari itu saya pun memakan ayam KFC dengan hati yang riang. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

4 Responses to “Jangan Takut Untuk Meminta”

  1. dauz says:

    ok tu..
    aku kalau kat kfc..
    aku akan kata
    “No drum pleas”
    Maknanya drumstick la..ala..aku tak suka bahagian tu..
    Sampai kfc punya cashier kenal aku hehe..
    adoi..
    belum papa lagi nak order dah tau taknak ayam tang mana :P

  2. naimjaafar says:

    Saudara Saiful,

    Saya amat tertarik dan berminat dengan cara saudara menulis blog ini. Saya percaya anda boleh terkenal dengan cara penulisan yang kemas dan ringkas seperti ini.

    Naim

  3. ~ikah~ says:

    ye ker..
    smer ler..
    klu kfc mesti x sker cashier tu bagi drum @ kepak..huhu..nk dada gak..
    tpi masalahnyer syer tkut nk mintak..hoho..shimpan dalam ati jew..
    nnti pas ni nk berani gak arh..
    nk ckp kat cahier 2 gak la…
    hoho..tq2x..
    encourage me utk ckp kt cashier tu..
    InsyaAllah..
    bukan nyer yer nak makan kiter pun kan…hehe..

  4. AziRA says:

    Nape sume org tak suka paha?
    i like!!
    drumstick n wing pls..
    huhuhuhu..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com