Oh Si Lalat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda pada hari ini?Bertenaga dan bersemangat untuk melakukan kerja? Alamak, dah lama saya tidak update blog saya.Hehe..Saya kini dilanda sindrom malas. Doa-doakan saya cepat sembuh.Terus bersemangat untuk menulis artikel motivasi. :-P

Ayuh, jangan membuang masa. Mari membaca inspirasi pada hari ini.  Hari ini saya ingin berbicara mengenai lalat.Ya, seekor lalat yang nampak ringan pada mata kita tetapi tanpa kita sedar mampu menentukan nasib akhirat seseorang.

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan Sayidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat.”

Terkejut bukan? Sesunguhnya tanpa kita sedar betapa penting peranannya. Lalat yang kita nampak pada  makanan, lalat yang menghurungi timbunan sampah mampu mempengaruhi kehidupan seseorang.

Dua orang pemuda telah ditakdirkan Allah SWT untuk melalui sebuah kawasan yang didiami oleh sebuah kaum. Kaum tersebut merupakan kaum yang menyembah berhala. Mereka tidak akan membenarkan seorang pun berlalu sehingga sesuatu korban dipersembahkan.

Kaum tersebut telah meminta mereka memberi korban untuk sembahan. Mereka tidak kisah hatta seekor lalat pun. Lalu seorang pemuda telah mengorbankan seekor lalat untuk berhala kaum tersebut. Pemuda tersebut dilepaskan. Pemuda tersebut merupakan pemuda yang dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala seorang pemuda lagi enggan untuk melakukannya. Pemuda tersebut menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT”.

Mendengar jawapan tersebut, kaum tersebut mengambil keputusan untuk memenggal kepala pemuda tersebut.Maka matilah pemuda yang enggan mengorbankan korbannnya. Pemuda itu adalah pemuda yang dimasukkan ke dalam syurga.

Hanya kerana seekor lalat, seorang pemuda telah dimasukkan ke dalam syurga manakala seorang lagi dimasukkan ke dalam neraka. Salam inspirasi dan salam ukhwah. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

3 Responses to “Oh Si Lalat..”

  1. Anum says:

    wow. Bagus citer ni

  2. sape-sape aje... says:

    smart citer ne…

  3. … [Trackback]…

    [...] There you will find 61503 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/oh-si-lalat/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com