Tiada Yang Terlepas

Salam motivasi dan salam puasa. Hehe hari ini tajuk ‘Tiada Yang Terlepas’. Apa tu?Kalau hendak tahu, bacalah sehinggalah habis. Tetapi sebelum itu, saya ingin betulkan beberapa mesej yang saya terima. Mereka menyangkakan saya Dr. Di sini saya ingin memberitahu, saya bukanlah Dr. Dr itu saya ambil supaya nama domain ini lebih ‘catchy’. Jadi saya harap janganlah salah anggap ye.  Saya cumalah orang biasa je. Seperti mana blogger yang lain seperti Shueqry, Dikmal yang berminat menulis tentang motivasi.

Untuk pengetahuan ramai, saya baru sahaja masuk bekerja setelah mendapat ijazah beberapa bulan yang lalu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini saya di Taiping menjalani kursus sebagai bakal pekerja di TM nanti. Ini disebabkan saya seorang pemegang biasiswa penaja ini. Ok cukup tentang diri saya. Harap jangan salah anggap ye. Terima kasih kerana memberi inspirasi untuk saya terus menulis.

Pada suatu hari yang tenang, seorang yang bijaksana telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut si bapa dari belakang. Melihat tingkah laku Si Bijaksana itu, setengah orang pun berkata,

“Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dan kata-kata yang kurang disenangi daripada orang ramai maka Si Bijaksana pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka timbulah kata-kata lain,

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Si Bijaksana pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian timbulah pula kata-kata lain. Kali ini mereka orang ramai pula berkata lagi,

“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Si Bijaksana dan anaknya turun dari himar itu.

Namun begitu, masih lagi terdengar suara orang berkata,

“Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Si Bijaksana menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

“Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

5 Responses to “Tiada Yang Terlepas”

  1. san says:

    askm,
    kita tak dapat nak puaskan ati smue orang.
    as long as kita yakin pe yg kita buat tu xsalah di sisi Tuhan n bermanfaat, juz do it!

  2. Shueqry says:

    setiap apa yang kita lakukan, akan sentiasa di komen, jadi perlu bersedia.

  3. Najib says:

    “We cannot please everyone but we can try to please as many people as we can”-ntah quote dari sapa ntah:D

  4. admin says:

    hehe..thanks san, shueqry and najib..macam pernah je aku dengar je quote tu wahai saudara najib hehe :-)

  5. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/cerita-inspirasi/tiada-yang-terlepas/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com