Beberapa hari lepas, saya sempat duduk seketika di sebelah seorang pakcik di surau. Pakcik ini merupakan seorang yang kehilangan penglihatannya dengan erti kata seorang yang buta. Namun begitu dia masih lagi datang ke masjid untuk bersama-sama mengimarahkan masjid. Bukan senang untuk seorang yang buta sepertinya datang ke masjid. Orang normal pun susah. hehe..
Sementara menunggu masuknya Isyak, saya sembang berbual dengannya. Nak tahu tak apa dia,hehe..Saya namakan ia sebagai ” Hanya nilaian mata” pengajarannya. Sedikit tokok tambah dilakukan untuk penyedapan cerita ini.Baca untuk mengetahuinya dan silalah bagi komen anda k..Tak bestlah dah 3-4 tulisan sunyi daripada komen dan pendapat.
“I lost my sight sejak tahun 2003. Tetapi banyak yang saya belajar daripadanya. Contohnya adalah daripada segi judgement iaitu dalam menghakimi sesuatu. Ini disebabkan sebelum ini kita banyak menghakimi sesuatu berdasarkan penglihatan kita. Hanya melihat berdasarkan sesuatu yang cantik dan tidak melihat daripada dalam. Mata banyak menipu. Jadi kita menjadi bias atau berat sebelah dalam membuat keputusan.
Contohnya begini. Kita ambil contoh kereta. Sebelum ini kita kata kereta Mercedes best dan selesa. Sebabnya kita melihat pada bentuknya. Selain itu warnanya yang menarik. Jenama yang ada membuat kita agak ‘bias’ dalam menentukan kereta mana yang baik dan berkualiti. Kita terus mengatakan Mercedes kereta yang baik walaupun di pasaran terdapat beberapa jenis kereta sepertinya.
Jika sebelum ini saya memandang berdasarkan penglihatan, tetapi kini saya menghakiminya daripada sudut berbeza. Saya menghakiminya berdasarkan perasaan ketika saya berada dalamnya.
Sebab itulah saya tidak lagi bertanya kereta apa yang dinaiki. Tetapi saya menghakimi berdasarkan keselesaan yang dialami. Akhirnya baru saya tahu bahawa sebenarnya kereta tersebut hanya berjenama Toyota dan bukannya Mercedes.”
Ps: Ini bukan iklan Toyota.


salam.
Begitu dalam maksud dari cerita saudara DrInspirasi walaupun cerita yang begitu ringkas.
Sebagai contoh, kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan paras rupa. Sebaliknya kita perlu menilai dari segi dalamannya.
saya merupakan pembaca senyap blog saudara. Teruskan usaha saudara dalam penulisan blog.
MAJULAH UNTUK MINDA!!! Kambate!! Jia You, Jia You!!!
SEMOGA BERJAYA…
Sekian, wasalam.
salam
cerita saudara membuat saya menyedari sesuatu..
hakikatnya, kita sebenarnya hanya ingin melihat apa yang kita mahu lihat. kita jarang melihat sesuatu dari segi dalamannya. kadang kala, kita tidak dapat melihat kebaikan disebalik keburukan terjadinya sesuatu kejadian itu. mata banyak mengaburi kita, yg antara menjadi penyebab kita kurang bersyukur pada nikmat-Nya. lihatlah sesuatu dari sudut pandangan berbeza, bukan dari zahirnya semata-mata.. setiap kejadian, ada hikmahnya..
saya juga merupakan pembaca senyap blog saudara orizz (^^). semangat2!!! keep up the good work
terima kasih missmiya dan poppy kerana menjadi pembaca senyap untuk blog ini