Ebook Tips Pembentangan Berkesan

Ingin Memberi Nafas kepada Pembentangan Anda? Menjadi seorang yang dapat membentang dengan yakin dan disukai oleh pendengar yang dirahmati Allah SWT?

Terus membaca untuk mengetahui rahsianya..

tips pembentangan berkesan

Kemahiran pembentangan berkesan dan pengucapan umum merupakan sesuatu kemahiran yang penting pada hari ini. Tidak kira sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun dalam bidang  pembelajaran. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang berkaitan dengan keyakinan diri untuk berucap, kreativiti cara menyampaikan isi  dan keberkesanan dalam menyampaikan mesej. Anda mahu pembentangan anda dianggap tidak menarik dan langsung tidak berkesan? Tentu tidak bukan?

 tips pembentangan

Kemahiran ini bagaikan sesuatu yang wajib yang patut ada dalam diri seseorang pada masa kini. Jika anda seorang eksekutif muda, peluang kenaikkan pangkat anda lebih cerah. Sebabnya, anda lebih menonjol daripada kawan sekerja anda yang lain. Jika anda seorang pelajar, kemahiran ini mampu membantu anda mendapat gred keputusan yang lebih baik.

 

Tidak dinafikan lagi, jika anda belajar di pusat pengajian tinggi, anda tentunya akan terlibat dengan proses pembentangan projek anda. Pembentangan merupakan salah satu proses yang perlu dilalui untuk mendapatkan gred yang baik. Anda tidak dapat lari daripadanya. Selain itu, tahukah anda dengan memberi ucapan sahaja anda mampu menjana pendapatan yang mengagumkan?

 

Adakah anda takut melakukan pembentangan atau pengucapan umum? Kita sebenarnya tidak bersendirian. Hampir semua manusia takut menghadapi umum untuk berucap. Termasuklah saya. Takut untuk melakukan pembentangan atau pengucapan umum merupakan suatu perkara yang normal dan biasa. Semua orang menghadapinya termasuklah pakar dalam bidang ini. Yang membezakan seseorang yang berjaya dalam bidang ini adalah berdasarkan bagaimana mereka menghadapinya. Dalam ebook ini  saya kongsikan bagaimana untuk menghadapi ketakutan ini dan pelbagai tips lain.

 

 

Kisah Saya

Saya masih ingat lagi pengalaman pertama kali saya menyertai pertandingan ucapan semasa saya di sekolah rendah. Saya ingatkan senang sahaja kerana melihat orang lain melakukannya dengan mudah. Rupa-rupanya saya silap, saya jadi kelam kabut di atas pentas tersebut.
Saya lupa isi yang yang hendak dicakapkan. Saya jadi gelabah dan ingin cepat-cepat menghabiskan ucapan saya. Akhirnya saya turun daripada pentas tersebut dengan hampa. Kesan kejadian tersebut sedikit sebanyak membunuh keyakinan saya.
Beberapa tahun kemudian, saya mula mengumpul semangat untuk mahir dalam bidang ini. Saya mahu pembentangan saya  memikat pendengar dan yang pentingnya berkesan pada audiens. Saya mahu mereka juga mendapat mesej. Saya  mula membaca buku-buku yang berkaitan bidang ini.
Paling ketara sekali apabila saya menghadiri sebuah ‘personal coaching’. Ianya merupakan turning point pada diri saya untuk mahir dalam bidang ini. Sebab itulah saya menulis laporan ini. Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman dan tips, yang pada perkiraan saya perlu diikuti untuk menjadi seorang pembentang yang berkesan dan memikat. Saya bukanlah pakar, tetapi sekadar berkongsikan tips untuk bermula.

 

 

Banyak sebenarnya kelebihan yang kita dapat apabila kita pandai membuat pembentangan. Disini saya senaraikan kebaikkan yang diperolehi jika berjaya melakukan pembentangan yang baik.

  • Bertambah yakin dengan diri anda.
  • Meningkatkan lagi sumber pendapatan diri kerana disukai majikan.
  • Mendapat gred yang lebih baik dalam peperiksaan.
  • Peluang kenaikkan pangkat lebih cerah.
  • Memperolehi pelanggan dan seterusnya meyakinkan mereka untuk membeli produk   kita.
  • Berkomunikasi dengan lebih berkesan.
  • Mesej kita sampai dan dapat difahami oleh pendengar.
  • Kita lebih dihormati kerani berani untuk bercakap berbanding orang lain.

 

tips pembentangan berkesan

Saya ada menulis sebuah ebook tentang tips pembentangan berkesan. Saya optimis jika anda meletakkan sedikit usaha dalam mengikuti tips-tips yang dikongsi dalam ebook ini, anda mampu melakukan pembentangan yang berkesan dan kemungkinan ianya akan menjadi medium untuk anda menjana keuntungan berkali ganda daripada apa yang anda laburkan.

Apa Yang Ada Dalam Ebook Ini?

Laporan ini mengandungi 7 Bab Kesemuanya Iaitu

Bab 1 : Ketakutan Melakukan Pembentangan

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Apa itu takut?
-Mengapa kita takut?
-Bagaimana mengatasi perasaan gementar?
-Tips untuk mengatasi darah gemuruh
-Membentuk kepercayaan baru terhadap kemahiran ini

Bab 2 : Persediaan Sebelum Pembentangan

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Apa itu persediaan?
-Bagaimana dikatakan persediaan?
-Tips bagaimana pakar dalam bidang ini bersedia
-Mengapa kita perlu mengelakkan diri daripada terlalu bergantung pada nota?
-Teknik pernafasan yang betul supaya dapat melontarkan suara dengan lebih baik
-Tips untuk mempunyai suara yang mantap.

Bab 3 : Ketika Pembentangan

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Perkara yang perlu diberitahu kepada audiens.
-Faktor yang penting dalam menjadikan sesuatu pembentangan itu memikat.
-Unsur-unsur untuk menarikkan lagi pembentangan anda

Bab 4 : Bahasa Dan Gaya Pembentangan

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Mengapa bahasa tubuh badan penting?
-Jadilah penerang dan bukannya peringkas
-Tips bagaimana mengeksploitasikan perkataan anda supaya menjadi menarik
-Melakukan hubungan yang lebih positif melalui ‘eye contact’
-Permainan nada rendah dan tinggi
-Tricks intonasi supaya menarik minat pendengar
-Diam juga penting
-Apa itu ‘pausers’ dan bagaimana menghapuskannya?

Bab 5 : Melakukan Permulaan Memikat

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Mempelajari bagaimana pakar memulakannya.
-Tips daripada Mr. Howell Healy, Rusell E. Conwell
-Perkara yang perlu dielakkan ketika melakukan pembukaan
-Bentuk fakta yang disukai audiens

Bab 6 : Penutup Memukau

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Nasihat George Cohan
-Bagaimana menutup dengan lebih baik?

Bab 7 : Selepas Pembentangan

Dalam bab ini anda akan mempelajari:
-Belajar menerima kritikan
-Sebuah cerita mengenai kritikan
Dan banyak lagi ilmu baru……

Ada diantara tips tersebut anda langsung tidak pernah terdengar. Sebuah laporan yang akan membantu anda meningkatkan kemahiran pembentangan anda.

 

Jika anda ingin dapatkan ebook ini, ia hanyalah RM10 sahaja. Harga yang cukup murah untuk 97 tips yang dikongsi.

Ikuti langkah dibawah jika berminat untuk mendapatkannya.

Langkah 1

Sila lakukan pembayaran RM10 ke salah satu akaun yang dinyatakan dibawah.

Maybank   162263266882     Saiful Izzuan

CIMB         12180099940524     Saiful Izzuan

Langkah 2

Hantar email bukti pembayaran(masa, bank )  ke firioza@yahoo.com dengan tajuk email “Ebook Pembentangan”

 

PS: Jika anda merasakan tisak berpuas hati dengan pembelian tersebut, saya akan pulangkan wang anda 100% semula. :-)

One Response to “Ebook Tips Pembentangan Berkesan”
  1. Anuar

    Ebook ini sesuai untuk dibaca oleh para pelajar IPT…. yang masih mempunyai masalah untuk melakukan pembentangan…

Leave a Reply