Lagi tentang jangan berputus asa…
Tahukah anda, seorang pakar pemasaran di Universiti Notre Dame telah menjumpai sesuatu yang menarik tentang jualan.
- 44% penjual berhenti mencuba selepas panggilan yang pertama.
- 24% penjual berhenti selepas panggilan ke-2
- 14% penjual berhenti mencuba selepas panggilan ke-3
- 12% penjual berhenti untuk menelefon pelanggan untuk panggilan ke-4
Didapati sebanyak 94% penjual telah berputus asa selepas panggilan ke-4
Tetapi apabila kita melihat pada rekod jualan, statistik menunjukkan bahawa 60% jualan dibuat selepas panggilan ke-4.. Makdsudnya 60% jualan ini dihasilkan oleh bilangan 6% sahaja yang tabah dan tidak kenal erti kegagalan.
Hoho.. jadi mengapa kita perlu berputus asa dengan cepat? Bersabarlah. Sedikit lagi. Setiap kali kita gagal, ingatlah statistik ini.
“Semakin banyak bilangan kegagalan,
semakin dekat kita dengan kejayaan.“


kejayaan berkadar terus dgn kegagalan. hurmmm
satu persamaan matematik yang menarik..