Pacuan Emosi

Jika anda hendak berjaya. Manipulasikan emosi anda. Sebabnya manusia ini pelik. Manusia bukanlah bertindak berdasarkan rasional atau logikal, tetapi kebanyakkannya adalah berdasarkan emosi.

Kita ambil sebuah contoh. Amin tahu untuk kekal sihat dia perlu bersenam. Sekurang-kurang 3 kali seminggu 20 minit untuk setiap sesi. Secara rasionalnya dia tahu kebaikkan bersenam. Kalau dia malas, dia tahu logiknya dia akan mudah jatuh sakit. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk bersenam.

Tetapi apabila hari tersebut datang, tiba-tiba sahaja beliau berasa malas. Beliau rasa ingin duduk di rumah. Sebabnya, dia berasa seronok untuk di rumah menonton televisyen. Emosinya memandunya lebih kearah untuk kekal sahaja duduk di rumah. Akhirnya perlawanan antara emosi dan rasional dimenangi oleh emosi. :-)

Lihat sahaja kejayaan yang berlaku disekeliling. Kebanyakkannya juga dipacu oleh emosi. Emosi yang membara untuk menggengam kejayaan menyebabkan mereka berusaha keras.

“ Manusia dikurniakan emosi dan pemikiran rasional.

Tetapi kebiasaanya, manusia lebih cenderung

memilih sesuatu berdasarkan emosi.”

Jadi apa lagi, paculah emosi anda untuk mencapai kejayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

6 Responses to “Pacuan Emosi”

  1. … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/pacuan-emosi/ [...]…

  2. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/pacuan-emosi/ [...]…

  3. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/pacuan-emosi/ [...]…

  4. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/pacuan-emosi/ [...]…

  5. … [Trackback]…

    [...] There you will find 73477 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/pacuan-emosi/ [...]…

  6. pikavippi says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/pacuan-emosi/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com