Perancangan

Tahukah anda mengapa anda perlu merancang masa depan anda? Ia penting supaya anda tahu kemana destinasi anda yang ingin dituju. Tetapi jika anda tidak mempunyai matlamat dan perancangan, maka hilanglah arah anda. Anda tidak akan sampai ke destinasi akhir anda. Perancangan bertindak sebagai kompas membawa anda ke tempat yang ingin dituju.

” Dengan tidak mempunyai perancangan, anda akan dengan mudahnya jatuh ke rancangan orang lain.”

Amin : Hari Sabtu ni engkau free tak?
Din    : Aku rasa tak ada apa-apa,sebab aku pun tak tahu apa yang hendak dibuat.
Amin: Baguslah begitu, kalau begitu apa kata kita pergi Pulau Pinang, sana ada    kendurilah. Sepupu aku kahwin.
Din   : Em..baiklah

Pembaca sekalian. Cerita dia atas hanya anologi mudah sahaja. Disebabkan tiadanya matlamat dan tidak tahu perancangan hidupnya, pemuda Din dengan mudah jatuh ke perancangan orang lain.

Begitu juga dengan kehidupan. Dalam kehidupan ianya jauh lebih kompleks daripada itu. Jika anda tidak ada perancangan hidup, akhirnya tanpa anda sedari anda akan jatuh pada perancangan orang lain. Tetapi jika anda mempunyai perancangan, segalanya tampak mudah untuk diharungi.

Amin: Hari Sabtu ni engkau free tak?
Din: Kenapa?
Amin: Aku ingat nak pergi Pulau PInang. Sepupu aku kahwinlah. Jomlah ikut.
Din: Maaflah. Aku dah janji dengan seseorang untuk keluar membelih-belah.:-P

Tidak kira apa matlamat anda, punyailah perancangan.Perancangan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Salam matlamat dan jangan lupa membuat perancangan hidup anda. :-)

Ps: Maaf kesilapan pada post sebelum ini. Ebook akan dilancar 5 November dan bukannya 5 Oktober. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

4 Responses to “Perancangan”

  1. pikalaina says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/perancangan/ [...]…

  2. … [Trackback]…

    [...] There you will find 75669 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/perancangan/ [...]…

  3. Trackbacking…..

    Had to share this!…

  4. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/falsafah-kejayaan/perancangan/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Why ask?

© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com