Dalam kehidupan ini terdapat tiga jenis orang.Orang yang pertama adalah orang yang digelar sederhana.Mereka ini golongan yang mahu hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Mereka tidak takut akan kegagalan.Mereka takut kepada kemenangan.
Golongan ini sebenarnya tahu apa yang dimaksudkan kemenangan.Mereka tahu apa yang perlu diberi untuk mendapatkannya.Mereka tahu mereka perlu memberi usaha yang lebih daripada sepatutnya dalam mencapainya.Ini menyebabkan mereka menjadi penakut
Kalau mereka inginkan sesuatupun mereka akan berhenti di pertengahan jalan kerana telah penat dengan apa yang telah diberikan.Mereka sekadar memulakan dan tidak meneruskannya.
Golongan ini juga mudah terpengaruh dengan persekitaran.Walaupun pada awalnya mereka begitu inginkan kejayaan,tetapi lama kelamaan persekitaran telah menghilangkan semangat mereka.Semangat mereka semakin pudar untuk mencapai apa yang mereka mahu sebenarnya.Mereka terlalu sensitif dengan cakap orang.
Mereka lebih mementing apa yang dikatakan oleh persekitaran.Mereka takut jika mereka bertindak dan berjaya persekitaran tidak dapat menerima mereka.Mereka akan dianggap sebagai orang yang ganjil.Oleh itu,akhirnya mereka memilih untuk hidup secara sederhana sahaja.
Golongan kedua pula ialah golongan kalah.Mereka menerima apa yang berlaku pada mereka begitu sahaja.Mereka menyalahkan keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka menjadi sebegitu.Mereka tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil oleh mereka.
Golongan ini mudah dikenalpasti.Kita boleh melihat mereka daripada cara mereka melemparkan kritikan mereka terhadap pemenang.Kita boleh melihat betapa cemburunya mereka terhadap pemenang.
Kebanyakan masa kita boleh mengenalpasti golongan ini berdasarkan cara mereka menghadapi masalah.Golongan ini akan bertindak berdasarkan pemikiran negatif sahaja.Mereka lebih suka melihat kepada masalah daripada melihat kepada jalan penyelesaiannya.
Golongan ketiga adalah golongan pemenang.Pemenang adalah golongan yang mengunakan bakat mereka dengan sepenuhnya.Walaupun bakat mereka hanya sedikit sahaja.walaupun mereka dilahirkan mereka lahir dengan kekurangan bakat itu bukan masalahnya.
Golongan ini sentiasa menambah kemahiran lain mereka.Sedikit demi sedikit mereka dapat menutup kekurangan yang ada pada diri mereka.
Pemenang meletak matlamat dan berusaha untuk mencapainya.Mereka memberi segalanya untuk merealisasikannya.
Anda jenis yang mana? Yang pasti masa untuk untuk berubah kepada yang lebih baik..


org yg ganjil=manusia yang pelik
apakah maksud anda itu?boleh terangkan?
salam dr.,
sy rase sy jenis org yg pertama..
masyarakat (persekitaran) mcm xbleh terima org yg asik berjaya, smpai sy akhirnya pilih utk torn down (betul ke istilah sy ni?)..
sy mgkin xcukup kuat utk hadapi mereka ni.klu ikut artikel dr. ni mereka tu cam org jenis yg ketiga tu lah.
sekarang nak bgn balik dan kembali jadi org yg buru segala yg hebat2 tu perlukan semangat yg bukan sedikit.sy x tahu samada…
saya takut jadi PEMENANG….riak, takbur, lupa daratan…bukankah ISLAM mengajar kita bersederhana?
Riak,takbur itu aspek lain. jadilah seorang yang semakin tinggi kedudukannya, bertambah elok lagi akhlaknya semakin tingi akhlaknya dan dekat dengan Allah SWT. Menjadi orang berilmu yang beraklak mulia kan lebih mulia berbanding orang yang sederhana.