Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Sihat? Hari ini merupakan hari ibu dan izinkan saya berceloteh mengenai ibu. Yelah, dah namanya hari ibu, sudah tentu kita bercerita mengenai hari ibu. Sempena penghargaan kepada ibu yang telah melahirkan dan menjaga kita.
Setiap orang mempunyai seseorang atau lebih yang memberi inspirasi kepadanya. Mungkin ibunya, mungkin bapanya. Mungkin juga kawannya, mungkin suaminya, atau mungkin isterinya. (Hoho..saya belum lagi..
)
Tidak kira siapapun, saya pasti dia mempunyai sumber inspirasinya. Mungkin seorang, mungkin lebih. Sumber inspirasi mungkin memberi tips motivasi, berkongsi pengalaman atau secara tidak sedar menjadi inspirasi kepadanya.
Dalam kes saya, salah seorang yang memberi inspirasi kepada saya adalah ibu saya sendiri. Yang mana saya memanggilnya mak. Emak saya mungkin seorang tidak berminat dan jarang membaca buku psikologi atau motivasi. Tetapi tanpa sedar, beliau banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk saya menghargai kehidupan ini.
Emak saya merupakan seorang yang sibuk. Pada hari bekerja, beliau bekerja sebagai seorang guru. Manakala waktu terluang digunakan untuk melakukan kerja rumah yang belum selesaikan. Saya lihat, ada sahaja kerja yang dilakukannya. Jarang beliau duduk diam, kecuali waktu menonton slot televisyen favourite beliau, cerekarama.
Selain waktu itu, pasti beliau tidak duduk diam. Ada sahaja benda hendak dikemasnya. Namun begitu apa yang menarik, setiap kali ingin ke pasar, emak saya akan mengajak saya untuk menemaninya. Emak saya akan menyuruh saya memandu walaupun dia sendiri mampu melakukannya.
Jarak ke pasar agak jauh.Mengambil masa setengah jam perjalanan. Ketika inilah saya akan berborak dengan emak dengan panjang lebar.Tidak kira pasal apa pun. Kisah perjalanan hidup saya. Mengenai perkerjaan saya. Mengenai peristiwa yang berlaku. Gosip-gosip baru ke..
Setelah lama barulah saya tahu tujuan emak menyuruh saya menemaninya.
Kata emak, “Mak ajak hang g pasar bukan apa, saja nak sembang. Disinilah wujudnya kualiti masa.“
Saya tersenyum sendirian mendengar kata-kata itu. Betul kata emak, apa yang penting dalam hidup ini bukanlah kuantiti tetapi kualiti. Masa yang digunakan untuk melakukan sesuatu.
Memetik kata-kata majalah solusi edisi-5,
“Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya,
panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.”
Kepada ibu saya yang mungkin tidak akan membaca post ini, andalah inspirasi saya. Nurkilan dan post hari ini adalah untuk anda. Anda merupakan salah seorang inspirasi saya.
PS : Saya ucapkan selamat hari ibu kepada semua pembaca. Masa untuk menghargai ibu anda. ![]()



Selamat Hari Ibu bt ibu anda dan juga utk ibu2 di seluruh dunia..jaga ibu baik2 tau Saiful.
thaks zaty..ko pun sama
SeLaMaT hARi IBU KePadA iBu TeRsAyaNg, SaLmAH binTi Arif, DaPaT CuCu giRL BarU sEmPeNa HaRi IbU Ni YeRk. ALhAmDuLiLLaH..
SeMoGa DiPaNJanGkAn UmUr & DiMurAhKaN ReZeKi SaMpAi biLa2.. AmiN