Assalamualaikum dan salam sejahtera,
3 minggu blog ini terbiar lenggang. Entah mengapa saya begitu sibuk dengan hal-hal selain motivasi kebelakangan ini. Nampaknya bukan mudah untuk melakukan semua perkara.Saya mula belajar sesuatu iaitu untuk hanya memberi tumpuan kepada perkara yang penting dan dalam kepakaran bidang sahaja.Kenal pasti matlamat utama diri.Jika tidak, kita akan banyak terganggu.
Hoho. Nampaknya sudah lari daripada tajuk yang hendak diceritakan. Sebenarnya saya ingin berceritakan tentang program yang telah dihadiri yang dikelolakan oleh Ustaz Pahrol . Bagi sesiapa yang tidak kenal beliau, beliau merupakan penulis buku cinta Islam yang tersohor. Selain itu, beliau turut mempunyai syarikat perunding motivasi sendiri iaitu Fitrah Perkasa.
Modul utama dalam modul motivasinya adalah Mukmin Profesional. Beliau turut mepunyai blog iaitu di www.genta-rasa.com. Cubalah baca, pasti tertarik dengan puisi dan analogi yang menarik tentang kehidupan. Beliau juga merupakan editor kepada majalah Solusi selain penulis buku untuk ‘Tentang Cinta’, ‘Mukmin Profesional’ dan banyak lagi.
Saya berkesempatan menjalani modul Mukmin Profesional kendalian beliau. Secara khususnya, ianya merupakan program yang diadakan untuk staf di UKM terutamanya jabatan saya.Program ini adalah selama sehari tetapi padat dengan ilmu bermanfaat.
Apa yang saya pelajari?
1. Adalah penting untuk menjadi mukmin yang sejati danĀ mempunyai etika profesional.
2. Bekerjalah untuk memberi kerana apabila kita memberi, kita akan lebih bahagia.
3. Nikmat Allah SWT itu datang daripada pelbagai bentuk. Mungkin kita kekurangan wang, tetapi dikurniakan anak-anak yang berjaya. Bukankah itu nikmat yang lebih besar?
4. Seperti kereta, mausia juga perlu diservis. Adakah kita sering servis diri kita?
5. Terdapat 4 golongan manusia:
- Manusia yang baik tetapi tidak profesional-kebiasaannya kita boleh lihat di tandas masjid di mana kebanyakkan masjid itu kotor .Tiadanya nila profesional.Bukan semua ye.
- Manusia yang tidak baik tetapi profesional-iaitu kebiasaannya pekerja kolar putih.Terdapatnya mereka yang suka membelit.
- Manusia yang tidak baik dan tidak profesional-golongan yang suka menipu dan senang ditipu.
- Manusia yang baik dan berprofesional-tidak senang ditipu dan tidak menipu.
6. Mencontohi sikap Rasulullah SAW yang berprofesional ketika menjalankan perniagaan Siti Khadijah.
7. Bersikap baik sentiasa. Kerana apa yang diberi itu yang diperolehi walaupun ianya bukan secara terus daripada sumber tersebut.
8. Untuk mengubah dunia, ubahlah daripada dalam diri. Apabila diri itu terkesan, persekitaran akan turut berubah.Cuma apa yang perlu dilihat adalah faktor masa. Mungkin perubahan persekitaran itu lambat, tetapi kita mestilah beristiqamah.
Harap anda mendapat manfaat daripada modul di atas juga.
Salam inspirasi!




Experts as well as the rights of employees in regards to the apple can annihilate the Nike Air Max For travel arrangements in developing abjection can be a acceptable accord added in comparison to they’re prevention, nonetheless they do accommodate sports sports athletes while using high duke inside their profession . Bargain Nike Air Max 2009 aswell provides countless jobs inside the nations absolutely area it’s hardly accessible to acquire a job. In Indonesia, for archetype nike air max 90, even acknowledging baby assets in barter for plan Air Max, however, Nike bargain shoes inside a aught bulk adaptation and utilisation of the circadian needs.