Mula Bertindak

 Salam motivasi :-) ,

Lama saya tak update blog. Bukan apa, kebelakangan ini saya mengalami masalah connection internet. Selalu sahaja terputus dan lambat. Rasanya sebab virus kut. Mungkin saya perlu format komputer saya .

Ok, berbalik kepada tujuan utama kita hari ini. Artikel motivasi untuk dijadikan santapan minda.

“ Aku yakin suatu hari nanti engkau akan mencapai cita-cita engkau.”

Kata kawan saya kepada saya di suatu hari. Dia turut menceritakan impiannya pada hari yang lain. Katanya pada suatu hari nanti dia ingin menjalankan perniagaan. Dia ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Tetapi dalam hati, saya kurang yakin akan kata-katanya.

Hehe.. simple je cerita hari ini. Fikir sejenak? Mengapa kawan saya yakin dengan saya tetapi saya tidak yakin dengannya?

Jawapannya adalah TINDAKAN. Kawan saya yakin dengan saya, sebab dia nampak tindakan saya. Dia nampak apa yang dilakukan oleh saya untuk merealisaiskan impian saya. Dia nampak saya sibuk menulis mengenai hal motivasi. Dia tahu saya pergi berjumpa editor, penerbit buku walaupun ketika itu kami masih lagi belajar. Dia nampak saya sentiasa berjumpa dengan mentor saya untuk berbicang mengenai projek kami. Dia nampak tindakan saya, walupun sebenarnya bukanlah sebesar mana.

Manakala sebab saya tidak yakin dengannya adalah disebabkan faktor TINDAKAN juga. Saya tidak nampak apa yang dilakukan untuk merealisasikan impiannya. Saya tahu impian kami masih jauh kerana  kami masih lagi di peringkat pengajian ketika itu. Tetapi bagi saya setidak-tidaknya tunjukkanlah sedikit usaha. Tunjukkan TINDAKAN. Setidak-tidaknya lakukan sedikit usaha untuk merealisasikannya. Malangnya saya tidak nampak semua itu.

Mesejnya simple je untuk hari ini. Lakukan tindakan dan ingatlah perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Ambil langkah pertama anda sekarang. Ya sekarang, walaupun anda rasa perjalanan anda masih jauh lagi. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

2 Responses to “Mula Bertindak”

  1. fasihasrar says:

    ok.dr.kali ini sy lebih bersemangat menggapai impian dan cita2 sy untk mnjd doktor..insyALLAH..jd sekarang ni kita PERLU BERTINDAK…CEPAT,,,,….

  2. … [Trackback]…

    [...] Read More: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/pengajaran/mula-bertindak-2/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com