Salam motivasi dan salam Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Kali ini mari kita bersama berazam untuk menjadikan ianya bulan Ramadhan yang terbaik yang pernah ditempuhi kita. Jadikan ianya lebih baik daripada sebelum ini. Sebabnya kita belum tahu adakah kita bepeluang berjumpa dengannya tahun hadapan. Sesungguhnya bulan ini penuh keberkatan di mana semua syaitan dirantai. Jadi apa lagi yang menghalang kita daripada mendekatiNya? Lawan nafsu dan tunaikanlah tanggungjawab sebagai khalifah. ![]()
Hari ini mari kita selami satu quote ni,
“Orang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang pandai belajar daripada pengalamannya,
Orang yang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain.”
Ya, belajarlah daripada pengalaman orang lain. Inilah jalan kejayaan yang paling singkat. Anda akan memudahkan perjalanan anda untuk berjaya. Anda tidak perlu melalui pelbagai pengalaman pahit untuk berjaya. Anda tidak perlu mengalami kegagalan untuk mencari formula kejayaan. Belajarlah daripada pengalaman orang. Amalkan formula kejayaan orang tersebut. Ini membuat anda lebih cepat sampai ke sana.
Tips untuk belajar daripada pengalaman orang lain adalah dengan menghadiri seminar dan membeli buku mereka. Sebab itulah kadang kala saya tidak kisah membeli buku yang agak mahal sedikit. Sebabnya saya tahu, pengalaman mereka amat berharga. Ianya menjimat masa saya. Saya tidak perlu mengalami kegagalan seperti mereka untuk mencari formula yang berhasil. Pengalaman dapat didapati dengan membaca buku mereka. Ini merupakan jalan kejayaan yang shortcut. Suatu sistem yang terbukti berkesan.
Jadi mengapa tidak mengikutnya?


yeaa…aku pun suka blajar dari pengalaman orang lain..terutamanya orang yg lebih tua daripada kita..
ade jgak kawan-kawan yg pelik bila tengok aku selalu lepak dgn orang tua,orang besar ..haha…
aku ckp saje je..nak blajar certain part yg perlu aku tau..terutamanya business dan kehidupan