Salam kejayaan. Harap hari ini anda melakukan sesuatu yang bermakna. Jangan biarkan setiap saat yang berlalu sia-sia sahaja. Hayati detik tersebut. Optimumkan masa tersebut.
Hari ini saya ingin kongsi dengan anda beberapa quote supaya dapat anda dapat memberi yang terbaik kepada hidup anda. Hidup ini singkat, oleh itu persembahkan yang terbaik sebelum kita menghadapNya.
” Tragedi paling teruk bukanlah disebabkan mati muda, tetapi hidup sehingga 75 tahun dan sedar tidak melakukan apa-apa.”
Jangan jadi seperti ini! ” Mati pada 30 dan ditanam pada 60″
” Kematian bukanlah kehilangan paling besar. Kehilangan paling besar adalah mati di dalam ketika kita masih lagi hidup.”
Norman Cousins
Jangan biar di dalam itu mati. Pastikan jiwa di dalam itu hidup. Jika kita tidak mempunyai semangat untuk hidup, tiada gunanya. Semangatkanlah jiwa yang di dalam itu. Impikan impian yang hebat. Kerjalah ia. Kematian yang tidak sepatutnya adalah hilangnya semangat untuk hidup sedangkan waktu itu pergi belum lagi datang.

