19 Ekor Lembu…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar? Saya harap anda semua sihat. Hari ini post rileks tetapi memerlukan anda pecah kepala. Bukan apa, saya ingin berikan anda sebuah persoalan untuk diselesaikan. Bersedia? Ayuh kita ke persoalannya. :-P

Soalannya berbunyi seperti di bawah.

cow

Pak Abu mempunyai 3 orang anak dan mempunyai 19 ekor lembu. Sebelum Pak Abu meninggal, dia sempat membuat wasiatnya. Beberapa tahun berlalu dan Pak Abu pun meninggal. Alangkah terkejut anak-anaknya apabila melihat wasiat ayah mereka. Wasiat ini agak sukar untuk dilaksanakan melainkan lembu tersebut dipotong. Tetapi apa yang menjadi masalah, wasiat tersebut tidak membenarkan bahawa lembu tersebut dikorbankan.
Pembahagian lembu tersebut adalah seperti demikian,

Anak pertama : 1 / 2
Anak kedua :  1 / 4
Anak ketiga : 1 / 5

Persoalannya disini, bagaimanakah pengagihan ini dapat dibuat berdasarkan wasiat yang dinyatakan? Hmm agak sukar juga. Ayuh berfikir.

Selamat berfikir . :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

10 Responses to “19 Ekor Lembu…”

  1. ashraf says:

    anak pertama :10ekor
    anak kedua: 5ekor
    anak ketiga:4ekor

    ada botut ka…hehe

  2. seker says:

    macam mana dapat jawapan tu?

  3. pakcik says:

    kalau saya tahu jawapan, apekah habuan yang bakal diterima?

  4. sizuka says:

    ada solution ke x soalan ni? aa..logik ke x?

  5. admin says:

    ada punya..jangan risau..pakcikdah tahu jawapan tu..

  6. Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..

    Agak sukar sekali soalan nie.. Pening..pening…pening….

  7. DeKaN says:

    memula dia pinjam sekor lembu daripada bapak saudara dia.

    Pastu dia wat pembahagian.

    First son = 10 ekor.
    2nd son = 5 ekor.
    3rd son = 4 ekor.

    Pastu die pulangkan la balik lembu tu.

  8. … [Trackback]…

    [...] There you will find 75456 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/19-ekor-lembu/ [...]…

  9. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/19-ekor-lembu/ [...]…

  10. … [Trackback]…

    [...] Find More Informations here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/19-ekor-lembu/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com