Update terkini : A atau B?

Salam motivasi,Post hari ini adalah post terkini. Kita sambung soalan 2 hari lepas. Saya pasti ramai yang mempunyai pandangan tersendiri. Terima kasih komen yang diberikan. Tetapi kini saya ingin menanyakan anda persoalan yang lain. Situasi yang sama, tetapi soalan yang berlainan. :-)

“Pekerjaan manakah yang akan membuat anda bahagia?

Masa untuk berfikir. Beri pandangan anda di ruang komen ya. Kalau anda lupa situasinya, sila rujuk post di bawah.
Post 2 hari lepas :

"Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari ini saya ingin menanya soalan mudah untuk anda. Tiada artikel motivasi tetapi satu soalan yang menarik. Silalah bagi jawapan anda di ruang komen ya.. Sama-sama kita berkongsi pandangan. :-P

 

Anda ditawarkan 2 pekerjaan. Pekerjaan A menawarkan gaji sebanyak RM3000 dan sebagai bos di syarikat A. Maksudnya, gaji pekerja lain di syarikat A adalah lebih rendah daripada anda. Manakala untuk gaji di syarikat B, anda ditawarkan gaji sebanyak RM4000. Tetapi masalahnya di sini, gaji untuk semua rakan sekerja anda di sini adalah lebih tinggi daripada anda. Hal ini kerana mereka merupakan bos anda dan jawatan anda di syarikat B tersebut hanya jawatan rendah.

Persoalannya, pekerjaan mana merupakan pilihan anda?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Related Articles

10 Responses to “Update terkini : A atau B?”

  1. saye says:

    sy mengambil B. kerana gaji nya lebih tinggi. soal pangkat, kita boleh berusaha untuk menjadi setaraf dgn rakan sekerja kita. memetik kata2 seorang hamba Allah ni, “kita tak tau apa yg berlaku pada masa hadapan”. mungkin kita akan setaraf dgn rakan sejawat kita dlm masa yang singkat.. mungkin juga tidak. yang penting, kita berusaha…

  2. ika says:

    Saya mengambil B juga..wang tidak dinafikan faktor penting dlam kehidupan.

  3. daus says:

    eh saiful..aku rasa a macam best..tapi b pun best jugakkkkk.macam mana ah?

  4. Hatta says:

    aku pilih a. sebab apa sebab org lain yg kerja untuk aku dan bg aku kaya. masalahnya dgn b ni semakin kuat kita kerja semakin kaya org atas kita =p

  5. zaki says:

    rasanya lebih kepada b..hehe

  6. zila says:

    memandangkan soalan telah diubah..saya pilih A

  7. wkk says:

    saya pilih a.saya jadi bos.pastu saya boleh tetapkan gaji saya.apabila saya jadi bos yang sempurna,pasti pekerja yang sempurna akan bekerja dengan saya dan keuntungan syarikat saya pasti bertambah.

  8. saye says:

    bagi saya, pekerjaan yg berdasarkan minat saya yg menjadi pilihan saya. tidak kira sama ada org bawahan, atau bos. asalkan saya minat, dan saya bersemangat untuk melakukan kerja tersebut. barulah ia memberi kepuasan pada diri saya. kadang kala, menjadi org atasan tidak selalunya indah, dan menjadi org bawahan tidak selalunya pahit.. semua bergantung pada diri sendiri untuk mencoraknya

    *kemerepekanku terserlah. aduh*

  9. profumi says:

    … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/a-atau-b/ [...]…

  10. … [Trackback]…

    [...] Read More: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/a-atau-b/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com