Berani Jawab?

Salam motivasi. Hari ini saya ingin memberi anda satu soalan IQ. .Satu soalan yang menarik k… Benda ini saya tahu dah lama dah. Cuma baru kali ni ingin berkongsi dengan anda. Kalau anda dapat jawab, anda sememangnya genius. Kalau anda tidak dapat jawab pun anda tetap genius. Berani menyahut cabaran?

Bayangkan anda kini ditangkap oleh pengganas. Anda kini terpaksa membuat pilihan. Anda terpaksa memilih antara dua pintu untuk keluar. Jika anda pilih pintu yang betul anda akan dibebaskan. Tetapi jika anda memilih pintu yang salah anda akan dibunuh. Menjadi masalahnya, anda tidak tahu pintu yang mana satu adalah pintu yang akan menyelamatkannya nyawa anda. Silap perhitungan nyawa anda akan melayang.

Di kedua-dua pintu tersebut diawasi seorang penjaga. Bermaksud terdapat dua penjaga di situ. Anda juga mendapat maklumat bahawa, salah seorang penjaga tersebut sentiasa bercakap bohong. Manakala seorang lagi hanya bercakap benar. Masalahnya pula, anda tidak tahu siapa yang benar dan siapa pula yang bercakap bohong.

Anda dibenarkan untuk bertanya satu soalan sahaja kepada salah seorang daripada mereka. Masalahnya anda tidak tahu siapa orang tersebut. Mungkin dia merupakan si penjaga yang bercakap benar ataupun si pembohong. Anda diberikan 2 hari memikirkan soalan ini. Soalan apa yang anda akan tanya dan apa yang anda akan lakukan seterusnya untuk keluar daripada situ?

Dua hari daripada sekarang. Nyawa anda kini dalam bahaya….. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

10 Responses to “Berani Jawab?”

  1. najib says:

    hmm..
    soalannya ialah “Di manakah pintu yang benar” ?:D

  2. drinspirasi says:

    Salah najib. :-) Kalau penjaga pintu seorang yang pembohong dan kemudiannya memberitahu anda pintu yang salah bagaimana? Cuba lagi

  3. pikah says:

    salam..dah pikir dah…tapi still tak dapat idea..:-(

  4. neology says:

    soalan yg nk ditnya ni bleh ditanya secara terbuka ke..kena personally dgn pengawal tu?

  5. drinspirasi says:

    personally kepada seorang sahaja pengawal

  6. orizz says:

    Bagaimana, penat memeras otak. :-)

    Jawapannya adalah:

    Tanya begini kepada salah seorang pengawal.

    Contohnya pengawal A.
    ” Jika saya tanya kepada pengawal B, apakah pintu jalan keluar yang akan diberitahunya.”

    Jika ditanya kepada pengawal B.
    “Jika saya tanya kepada pengawal A, apakah pintu jalan keluar yang akan diberitahunya.”

    Kemudiannya apa yang anda perlu lakukan adalah mengambil pintu yang bertentangan berdasarkan jawapan yang diberi.

  7. RC Car Kit says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/berani-jawab/ [...]…

  8. Reviews blog says:

    … [Trackback]…

    [...] Find More Informations here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/berani-jawab/ [...]…

  9. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/berani-jawab/ [...]…

  10. … [Trackback]…

    [...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/soalan-menarik/berani-jawab/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com