Selamat pagi.Salam inspirasi.
Apa khabar? Sihat? Tidak lama lagi akan bermulalah sesi persekolahan. Ada kawan saya yang telah memohon cuti. Sebabnya, ini merupakan pertama kali anaknya bersekolah. Bimbang juga rasa hati mereka anak mereka kemungkinan tidak serasi dengan sekolah. Hehe..
Jadi post hari ini adalah berkaitan dengan pendidikan. Cuba renung dan fikirkan jawapan untuk soalan di bawah.
” Saiful mengapa pentingnya pergi keĀ kolej atau universiti untuk mendapatkan ijazah? Kan ada ramai yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi tetapi berjaya menjadi jutawan ataupun seseorang yang terkenal?”
Secara jujurnya soalan itu agak sukar. Saya boleh bercakap dengan pergi ke kolej dan universiti anda akan mempunyai kelebihan berbanding orang lain tetapi tidak dapat menafikan bahawa tanpa mempunyai semua itu seseorang juga masih boleh berjaya. Malah di Malaysia pun ramai yang berjaya menjadi seseorang tanpa mempunyai semua itu. Soalan yang susah yang hendak dijawab tu. Jadi apa pendapat anda?
Kalau saya, saya agak setuju dengan jawapan daripada Donald Trump yang pernah ditanya soalan hampir sama.
“Anda boleh mengabaikannya dan saya boleh memberi banyak contoh orang yang telah berjaya walaupun tanpa ada pendidikan. Tetapi bagi saya dengan memperolehi ijazah ia seolah-olah seperti anda mempunyai kad yang berkata, “ Orang ini telah mencapai sesuatu.” Ia akan membuka banyak pintu kepada anda. “


askm,
dgn adenya kemahiran ditambah dgn kelulusan yg diiktiraf,jln menuju kejayaan terbuka luas.Tetapi dgn adenya kelulusan,tanpa kemahiran…
aduuuuhhh..sakitnya kepala…
(tenguk syabas pun dah cukup,kemahiran org lama-PUAS-diketepikan…akibatnya…air kita macam teh, filter pula,keladaknya boleh buat nescafe dalam 2 ke 3 hari…huhuhu…)
Pada saya soalan “Mengapa pentingnya pergi ke kolej atau universiti UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH? tu adalah soalan yang tidak bagus!
sebab apa saya kata tidak bagus?
sebabnya apabila kita berkata UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH, seolah2 kita meletakkan IJAZAH itu MATLAMAT UTAMA pergi kolej/universiti.
sedangkan MATLAMAT UTAMA pergi kolej/universiti ialah UNTUK TUNTUT ILMU!
bagi saya, ijazah tu mcm ‘lesen’ memandu jer…kalau ada lesen pun, belum tentu dia pandai bawak kreta…
bersepah orang yang takde lesen, tapi begitu cekap dan mahir dalam pemanduannya. malah jauh lebih hebat dari orang yang ada lesen.
nurila, Pakar How To
-itulah. Apa yang penting adalah mencari ilmu tersebut. Jangan terlalu mengejar ijazah semata-mata.