Tubuh badan kita merupakan sesuatu yang unik. Dan terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita. Antaranya adalah menerusi otak manusia. Di sini ini terdapat ujian yang menarik untuk anda cuba. Saya telah pun mencubanya. Berani mengambilnya?
Ujian ini ringkas sahaja, anda hanya perlu mengira jumlah huruf F dalam ayat dibawah dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS
Sudah selesai? Bagaimana? Soalan seterusnya adalah berapa banyak huruf F yang anda jumpa? Tiga huruf F? Anda tentunya seorang lelaki. (Jawapan saya juga 3)
Cuba baca sekali lagi, tetapi kini dengan lebih berhati-hati.
FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS
Kalau diperhatikan betul-betul sebenarnya terdapat 6 huruf F.Pelik? Sebab sebentar tadi anda hanya dapati 3 sahaja huruf F.
Jawapannya : Otak lelaki tidak mampu untuk memproses perkataan “OF” ketika mereka membaca ayat tersebut . Manakala untuk anda yang dapat mengira kesemua huruf F, iaitu sebanyak 6 huruf pada permulaan ujian pula, memiliki otak perempuan. Betul ke ujian ini? Saya pun kurang pasti. Cubalah dengan kawan-kawan anda untuk menguji setakat mana kebenaran ujian ini. Nanti beritahu saya ok. Nasib baik jawapan saya 3.
Sumber :Artikel ini saya ambil dan olah sedikit daripada laman web kawan saya Mukhlis . Artikel dan info di sini agak menarik. Harap anda enjoy dengan ujian hari ini.


dr inspirasi,
saya kira banyak kali still dapat 3. lepas baca perenggan seterusnya baru perasan ade 6. otak saya seperti lelakikah? bangga2.. hehe…
Salam perkenalan azie..yeke? Tapi azie perempuan kan? hehe tak tau lah seberapa benar exam ni..
Entah, saya kira pertama kali pun dah dapat 6 huruf F, kali kedua pun 6 jugak! Fikiran saya macam perempuan ker? Atau otak org seni ni mmg lain sikit? hehehe
saya perempuan,saya pun dapat 3 F. otak lelaki kah?? tapi rasa mcam ignorance la sy ni, careless…heheh
sy pn dpt 3 berkali2 cuba..hmm
Hmmm…Saya memang dah melalui kuiz ini, memang saya dapat 3 juga even byk kali buat…pelik sungguh… Is it means that I’m a man…?
Oh….NO!!
hahaha…. pandai abg buat ehh….
kite kire pown dapat 3 mula2…
pelik….
ini menunjukkan kaum lelaki suka terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara…..
alamak saye kire dapat kiraan macam otak lelaki!alamak caner ni??juhuhhuhu