Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Fuh. Lama saya tidak update blog. Bila update terus bagi soalan. Pendek pula tu. Jangan marah..
Hari ini saya bercadang untuk memberi sebuah teka-teki untuk difikirkan. Ianya adalah solan yang memerlukan anda berfikir secara lateral ataupun di luar kotak. Satu soalan yang pendek, tetapi agak memeningkan.
Dalam satu kelas terdapat 35 orang pelajar. Daripada jumlah keseluruhan itu, 34 pelajar merupakan pelajar bijak. Pelajar yang tidak membuat kerja sekolah akan didenda. Abu tidak pernah membuat kerja sekolahnya dan dia tidak pernah langsung didenda. Persoalannya di sini, mengapa Abu tidak pernah didenda?
Selamat mencari jawapan. Diminta harap jangan terus memberi jawapan, tetapi menjelaskan bagaimana anda mendapat jawapan tersebut.
Salam inspirasi.



sebab abu bukan pelajar dari kelas tu. oleh itu, dia tak perlu buat kerja sekolah yang diberikan
sebab Abu bukan seorang seorang pelajar yang bijak..oleh kerana dia tak bijak jadi cikgu mereka hanya mendenda 34 ornag pelajar bijak yang tak buat keja rumah..hehe
Abu adalah seorang pelajar yang bijak. Semua soalan kerja sekolah yang diberi oleh guru telah dibuat oleh Abu sebelum guru memberikannya kepada pelajar di kelas. Jadi semua kerja sekolah itu tidak perlu dibuat oleh Abu.
sebab Abu bukan dari kelas tu.
Sebab Abu adalah cikgu kelas mereka. Dia tidak pernah buat kerja sekolah, tetapi dia yang beri kerja sekolah kepada 35 pelajar tersebut.
Sebab cikgu kelas Abu tidak pernah beri kerja sekolah kepada pelajar kelasnya.
Abu tidak pernah didenda lagi, sebab .. siapa tak siapkan kerja sekolah, ‘akan didenda’… maknanya belum kena denda lagi…
sbb abu adalah cikgu klas 2…