Oleh kerana PMR dan SPM yang akan menjelang tidak lama lagi, maka hari ini saya ingin berkongsi tips belajar dengan anda. Iaitu tips menguatkan ingatan anda. Ini penting supaya dapat membantu pembaca blog ini yang mana masih belajar dalam mengingati dengan lebih baik lagi.
Tips mudah cara menguatkan ingatan.
1. Menggunakan teknik ingatan yang betul. Ketahui prinsip otak bertindak. Otak semakin teransang dan mudah mengingat dengan perkara yang menarik dan ‘over’.Oleh itu, jadikan perkara yang ingin diingat itu menarik dan ‘over’.
Contohnya ‘emak membawa kereta’. Ini adalah perkara biasa. Tetapi sekarang cuba bayangkan kereta yang membawa emak. Tentu agak ‘over’ bukan? Untuk tambah menarik lagi tambah gambaran yang aneh lagi pada kereta tersebut. Percayalah anda akan lebih mudah mengingatinya.
2. Makan makanan yang membantu menguatkan ingatan anda. Contohnya seperti kacang pistachio, kismis, madu, air zamzam.
3. Pengurusan masa yang berkesan dengan menyediakan masa rehat. Berehat selama 5 minit untuk setiap setengah jam dan berehat selama setengah jam selepas mengulangkaji selama 2 jam. Jadual masa ini dapat mengoptimumkan penggunaaan otak anda.
4. Memberi fokus dan tumpuan pada perkara yang dipelajari.
5. Pastikan tahap motivasi anda sentiasa tinggi. Percaya dengan keupayaan minda anda.


btol ke nie ??
erm ..
sya harap ia berjaya ..
coz thun nie(2009)..
sya menjalani PMR ..
dya ingatan sya lemah ..
sya harap tips2 kat atas berkesan kat sya ..
insyaAllah saudara izwan