Tips belajar hari ini ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
“Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”
2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.
3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.
4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho..
5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.
Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.
Selamat beramal dengan tips belajar. Hoho…


saya susah nak buang sifat malas
Maf,,,
tips yg anda kmukakan ckup bnar..
Tp knp,,rasanya ssah bgt bwt ngjauhin rasa mles tuch.,?’!
Mungkin ada kebenaranya pandangan anda tentang sikap malas tu,tetapi ianya berbeza dgn saya.pecaya tak kalo saya katakan saya gunakan sifat malas tu untuk berjaya dlm kerjaya dan perniagaan saya?sbg contoh saya malas memanaskan enjin kereta saya setiap pg sblum ke tempat kerja bosan nak tunggu enjin panas tiap2 pg saya psg syistem auto starter pd kereta saya,jd tiap2 pg sblum mandi saya perlu capai remote alarm dan tekan saje kereta enjin dah hidup dan saya terus mandi,selesai mandi pkai bju dan terus masuk gear aje.bg saya sikap malas yg tuhan bg tu pd tiap2 org ada kebaikanya jika kita pandai menggunakanya.bila kita malas kita kene ubah yg susah jd sng.sebab sikap malas lah adanya kereta,moto,kpal terbang prgi haji dulu naik kapal laut 6 bulan bru sampai,compter dan printer,h,fon dn mcm2 lg.bnyk perkara dlm hidup saya dah improof di sbbkan skap mlas saya,tapi ini cuma pada saya pada org lain tak taulah camane
kita perlu berazam untuk tidak lagi mengulang sikap pemalas
bce td mmg senang tp..nk buat pnye la susah
sebenarnya semua itu bermula dari diri sendiri..untuk rajin xmain paksa2..
saya sangat suka akan tips ini…saya akan cuba ikut tips ini…
oky . thankz coz ksi tips nie er
saya akan cuba lakukan ..
hurmm