Blog

Tips Motivasi : Minat Menulis Buku, Novel?

Semalam berjumpa dengan Tuan Zamri Mohamad. Merupakan orang kuat PTS dan kini sibuk dengan pelbagai kursus penulisannya. Tidak berjumpa di Malaysia tetapi takdir menemukan kami di Melbourne. Jika anda berminat untuk menulis buku, novel atau cerpen, beliau adalah orang yang patut anda jumpa.

 

524453 10151775840196530 1068399314 n Tips Motivasi : Minat Menulis Buku, Novel?

Banyak juga diborak. Tujuan datang ke Melbourne? Wah, itu yang menarik minat saya. Rupanya adalah untuk menghadiri Festival Penulisan di sini. Sepanjang perbicaraan, penulisan dan dirinya tidak dapat dipisahkan.

Apa yang saya perhatikan dan pelajari darinya?

1) Ketahui minat anda. Dalami ia InsyaAllah anda akan menjadi seorang yang pakar dalam bidang ini.

2) Penulisan adalah satu jihad! Minat ditambah dengan konsep dan matlamat akhirat akan membuat seorang itu lebih bersemangat mengejar cita-citanya.

3) Hanya bercakap dalam bidang yang diceburi. Jika anda perhatikan status-stausnya dalam FB semuanya tentang perjalanan dalam menambah ilmu dalam dunia penulisan.

4) Jadi gila-gila untuk ilmu. Contohnya dalam kes beliau, beliau sanggup datang dari Malaysia ke sini, semata-mata untuk menghadiri Festival ini bersama isteri. Oh, bukan senang tahu!

5) InsyaAllah, ada rezeki dan rancang rezeki anda. Rupa-rupanya ada perancangan untuk berhijrah. icon razz Tips Motivasi : Minat Menulis Buku, Novel?

Sebenarnya banyak diborak, tetapi tentang penulisan inilah yang saya pelajari. Minat adalah penting untuk kejayaan.

 

Salam Inspirasi!

share small Tips Motivasi : Minat Menulis Buku, Novel?

7 Thoughts on “Tips Motivasi : Minat Menulis Buku, Novel?

  1. terima kasih perkongsiannya dan mudahan sama-sama kita dapat manfaatnya.

  2. Salam

    Saya suka tips ini. simple tapi cukup berkesan dan bermanfaat untuk saya.

  3. tips yg menarik bro. kalau cam aku bidang dah lari, bagaimana pula? mohon pendapat. Tq

  4. Terima kasih di atas perkongsian info… Teringin nak menulis buku, tapi belum terfikir dalam biadang apa?… Setakat ini lebih selesa berkongsi maklumat menerusi blog…

  5. minat juga memudahkan kita menyiapkan tugasan sedia ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation