2 Hari


Lamanya saya tidak update blog. Hampir 4 hari. Sebenarnya ada sedikit masalah dengan modem. Tetapi, walauapapun hidup mesti diteruskan. Bersemangat memberi inspirasi. Post motivasi hari ini bertajuk 2 hari. :-)

 

Dalam banyak-banyak hari, terdapat dua hari yang kita tidak perlu risau. Iaitu hari ‘Semalam’ dan hari ‘Esok’.

 

Semalam merupakan perkara yang telah berlaku. Semalam merupakan perkara silam. Semalam tidak boleh diubah.Walau apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat berpatah balik kepada Semalam. Ianya tinggal sejarah. Walau kita menangis atau membayar segunung emas, kita tetap tidak akan berpatah balik. Walau betapa risau kita terhadap sesuatu perkara, kita tetap tidak akan kembali kepada masa lepas hatta seminit yang lalu.

 

Esok pula merupakan perkara yang disebaliknya. Ianya diluar jangkaan kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Segalanya mungkin boleh dirancang tetapi tidak semestinya ianya menjadi kenyataan. Kita boleh membayangkan kehidupan yang lebih baik, tetapi ianya masih belum lagi terjamin dan menjadi realiti. Hatta mencongak masa depan seminit daripada sekarang tidak termampu kita lakukan. Jadi tiada guna kita merisaukannya.

 

Tapi kita mempunyai  ‘Hari Ini’.Ianya sedang berlaku. Ianya sedang berjalan. Sudah semestinya Hari Ini boleh diubah. Ianya boleh dijangkakan. Ianya belum lagi menjadi sejarah dan yang pasti Hari Ini adalah suatu realiti. Masa sedang berputar dan kita berada dalam ruang waktunya. Segalannya mungkin dalam waktu ini. Jadi mengapa risaukan Semalam yang tidak dapat dikembali dan Esok yang tidak dapat dijangkakan. Anda mempunyai waktu sekarang.

 

Jadi hargainya. Ambil tindakan dan mula bertindak!

 

PS: Lalu saya mengambil keputusan untuk mengupdate blog saya Hari Ini dan bukannya Semalam atau Esok. Bagusnya alasan saya.. :-P

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Related Articles

9 Responses to “2 Hari”

  1. ika says:

    haha…=) alasan boleh diterima..ika link ya blog ni..tq..haha..link dulu bru mintak..=p

  2. admin says:

    tq ika sebab link kan..=) salam ziarah

  3. mohd saifullizan senin says:

    semalam adalah sejarah…

    hari ini adalah kenyataan…

    esok adalah harapan…

  4. … [Trackback]…

    [...] There you will find 60149 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/2-hari/ [...]…

  5. … [Trackback]…

    [...] There you will find 61984 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/2-hari/ [...]…

  6. … [Trackback]…

    [...] Read More Infos here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/2-hari/ [...]…

  7. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/2-hari/ [...]…

  8. P90X2workout says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More Infos here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/2-hari/ [...]…

  9. … [Trackback]…

    [...] Read More Infos here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/2-hari/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com