Apa khabar orang Perak? Haha. Kecoh-kecoh. Lebih-lebih lagi di Perak. Pergolakkan politik antara BN dan Pakatan Rakyat. Tiada siapa tahu apa akan berlaku esok.Adakah BN akan memula pemerintahan baru di Perak esok ataupun Pakatan Rakyat akan kekal berkuasa. Kita nantikan berita terkini nanti. Saya tidak menyokong mana-mana pihak ya.
Berbalik kepada motivasi hari ini, saya ingin bercerita bagaimana membentuk tabiat.
“Haa ,tabiat boleh dibentuk? Biar betul!”
Memang benar dan jangan terkejut untuk sesiapa yang baru tahu. Tabiat boleh dibentuk tidak kiralah sama ada anda ingin membentuk tabiat buruk ataupun baik.
Menurut ahli psikologi yang mengkaji berkenaan motivasi manusia, sesuatu yang dilakukan selama 21 bertutur-turut kali, hari akan menjadi tabiat kita. Jadi jika anda ingin menjadikan sesuatu yang baik itu tabiat anda, maka apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya secara 21 hari, kali. Dan pastikan ianya dilakukan secara konsisten.
Bagaimana ianya bertindak, padahal kita tidak sukakannya walaupun perkara itu baik?
Begini, saya ambil analogi seorang yang baru ingin mencuba untuk merokok. Pada mulannya dia tidak suka pada rokok. Dia telah menerima mesej-mesej negatif mengenai keburukkan rokok, tetapi entah bagaimana suatu hari dia terasa ingin mencuba. Lalu dia pun mencuba. Pada mulanya, apabila dia menghisap rokok kali pertama, badanya tidak dapat menerima bahan tersebut.
” Pergi, jangan datang ke dalamku,”mungkin itu yang dikatakan oleh tubuh badannya.
Tetapi apabila benda tersebut diberi secara konsisten, tubuh badan dan mindanya mula menyerah. Tubuh badannya mula mengalah. Ia sudah biasa diberi asap tersebut.
Hari pertama: “Jangan-jangan. Aku tahu engkau tidak baik untukku.”
Hari ke-10 : “Bolehlah apa salahnya. Lepas ni, aku tak ambil dah. ”
Hari ke-21 : “Mana dikau wahai rokokku, aku rindukan kamu.”
Secara perlahan-lahan mindanya mengalami perubahan dan seterusnya perubahan yang konsisten ini menyebabkan ia terus menjadi tabiatnya.
Begitu juga dengan misi saya ketika hendak menulis blog kali pertama. Pada mulanya saya berasa agak malas ingin menulis blog. Dahlah kena update selalu. Tetapi lama-kelamaan apabila minda saya dipaksa untuk menerima perubahan tersebut saya mula ingin menulisnya selalu. Minda saya ditanam untuk menerima bahawa saya perlu menulis blog. Kesannya, jika saya tidak update blog ini 2 atau 3 hari saya tidak dapat duduk tenang.
Jadi pada hari ini, saya pun updatelah blog ini supaya saya dapat duduk dengan tenang.
Salam inspirasi. Tata.



… [Trackback]…
[...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Read More: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Find More Informations here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
… [Trackback]…
[...] There you will find 75474 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Read More Infos here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
Trackbacking……
(Excerpt)…
… [Trackback]…
[...] Read More here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
… [Trackback]…
[...] There you will find 77832 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…
… [Trackback]…
[...] Informations on that Topic: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/21-hari/ [...]…