Hari ini kita sambung tips membentuk keyakinan diri semula. Saya sudah berkongsi dengan anda 2 tips. Kini tinggal lagi 3 tips. Anda bersedia?
3. Berjalanlah 25% lebih pantas.
Menurur ahli psikologi, melalui postur tubuh badan dan pergerakkan seseorang, kita dapat mengetahui sikapnya. Postur badan dan pergerakannya sudah cukup untuk mencerminkan sikap mereka. Kalau anda tidak percaya lihatlah. Pergerakan kita adalah hasil daripada pemikiran kita. Orang yang kurang bekeyakinan cara mereka berjalan adalah sangat perlahan.
Tetapi untuk orang yang sederhana, cara mereka berjalan turut sederhana. Langkah yang diambil juga turut sederhana. Tetapi berlainan pula dengan orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Mereka berjalan dengan lebih pantas. Mereka seolah-olah memberitahu bahawa,
”Saya mempunyai sesuatu yang penting yang perlu diuruskan. Saya terpaksa pergi. Saya
akan berjaya dalam masa 15 minit dari sekarang pada apa yang saya lakukan.”
Cubalah teknik ini. Berjalanlah dengan lebih pantas. Anda akan dapati keyakinan diri anda bertambah.
4. Berlatih untuk bercakap.
Tidak kira di mana, seminar, mesyuarat atau forum, cubalah berusaha untuk bercakap. Beri komen dan pendapat anda. Jangan menjadi orang yang terakhir untuk bercakap. Jadikan diri anda sebagai pembuka bicara. Jangan risau dengan menganggap bahawa soalan atau pendapat anda kelihatan bodoh. Walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan anda, tetapi percayalah ada juga yang menyokong anda. Manusia ini pelbagai ragamnya. Jadi, beranikanlah diri untuk bercakap.
5. Senyum dengan selebar-lebarnya.
Senyum merupakan ubat paling mujarab untuk membentuk keyakinan diri. Cuba anda bayangkan perasaan apabila anda kalah. Kemudian anda senyum. Anda boleh lakukannya? Tentunya tidak. Kedua-duanya begitu berbeza sekali.Sebabnya senyuman memberi anda keyakinan diri. Senyuman membolehkan anda mengalahkan perasaan takut dan perasaan kecewa. Dengan senyuman seolah-olah anda memberitahu diri anda bahawa kegagalan yang dihadapi anda kecil sahaja.
Itulah tips motivasi untuk hari ini. Saya mendoakan kejayaan anda. Anda ada panduan atau tips keyakinan diri yang lain? Kongsilah bersama di ruangan pendapat. Salam ziarah untuk pengunjung yang pertama kali datang. Jangan takut untuk melontarkan pendapat anda


Terima kasih tips yang dikongsi. Pelik tapi ada munasabahnya
RM0AvX xrnpgxkuxvkr, [url=http://czvfkkdjidwu.com/]czvfkkdjidwu[/url], [link=http://wghmzojfnsdf.com/]wghmzojfnsdf[/link], http://hbuwmbclnuhp.com/