Apa khabar anda hari ini. Nampaknya soalan di bawah masih lagi belum mendapat respon yang diharap saya. Jadi saya terpaksa merahsiakan jawapannya sehinggalah mempunyai respon yang diharapkan…:-) Harap anda dapat memikirkannya..Selamat berfikir. Jangan kecewa, kekalkan motivasi andauntuk menjawab soalan ini.
Hari ini saya ingin bercakap tentang mengatasi batasan anda. Selama ini adakah kita pernah hidup melebihi batasan kita? Adakah kita menggunakan potensi sebenar yang ada pada diri kita? Atau kita menggunakannnya sekadar cukup-cukup makan sahaja?
Hayati kisah ini, supaya kita mendapat klu apa itu sebenarnya batasan diri kita dan bagaimana kita dapat menggunakan potensi diri kita semaksimum mungkin.
Di suatu daerah,
” Apa itu hidup melebih batasan kita?”,tanya Abu pada Amin di suatu petang.
” Perkara ini agak sukar diterang. Tetapi biar aku memberi sebuah contoh supaya memudahkannya dengan syarat engkau mesti berjanji akan melaksanakannya?”
“Baiklah aku berjanji,” angguk Abu tanda setuju.
” Ok sekarang aku hendak engkau lakukan tekan tubi sehingga engkau penat dan tidak berdaya. Jangan berhenti sehingga aku suruh engkau berhenti melakukannya.” Arah Amin kepada Abu.
” Baiklah”. Abu mula melakuakan tekan tubi yang diarahkan.
Pada mulanya semuanya agak mudah bagi Abu, tetapi apabila kiraan menghampiri angka ke 50, Abu mula keletihan. Kelajuan turun naik Abu mula berkurangan. Dia tidak mampu menolak lagi tubuh badanya naik.
” Aku sudah tidak larat. Aku tidak mampu melakukan lebih daripada ini,” kata Abu meminta simpati Amin untuk menyuruhnyaberhenti.
“BAiklah engkau boleh berhenti tetapi aku hendak engkau lakukan lagi 10 lagi tekan tubi. Selepas itu engkau boleh berehat”
Hah! Abu terkejut. Dia seakan mahu membantah Apa yang dikatakan oleh Amin. Namun begitu, dia tetap terus melakukan seperti yang disuruh Amin. 1,2,3… perlahan demi perlahan akhirnya dia berjaya menyelesaikannya sehingga 10. Abu terbaring kepenatan. Dia betul-betul tidak terdaya.
“Apa kaitan ini semua dengan topik mengatasi batasan yang kita bincangkan ini?”, tanya Abu kehairanan.
“Sebelum ini, engkau mengatakan bahawa engkau mampu melakukan setakat 50 latih tubi sahaja.Tetapi apabila aku menyuruh engkau menambahnya, nampaknya engkau masih mampu. Padahal baru sebentar tadi engkau bercakap batasan engkau adalah setakat itu sahaja. Inilah dikatakan mengatasi batasan diri. Sebenarnya kita sendiri meletakkan batasan kita. Contohnya seperti engkau, engkau meletakkan zon selesa engkau adalah 50 tekan tubi. Tetapi sebenarnya engkau mampu melakukan lebih daripada itu.”
Fikir sejenak.. Adakah selama ini batasan diri yang diletakkan pada diri kita betul?
P/s: Jika anda sukakan tips motivasi dan panduan motivasi daripada laman ini, anda boleh mendapatkannya terus ke email anda dengan mengisi pada ruang email yang disediakan di ruang kanan website ini.

