Mutiara Kata Pagi: Rahsia Kegagalan dari Imran Koyube Assalamualaikum, hari ini tips saya pendek sahaja. Iaitu rahsia kegagalan. Apakah rahsia yang menyebabkan seseorang itu gagal dan tidak mencapai apa yang dikehendaki dalam hidupnya. Apa yang membuatkan seseorang itu tidak berjaya.
Tips ini saya dapat daripada Imran Koyube menerusi perkongsian beliau pada minggu lepas. Beliau telah berkongsi banyak tips tentang kejayaan tetapi hanya satu rahsia kegagalan.Cuma satu sahaja. Ait, kegagalan juga mempunyai rahsia?
Rahsianya adalah:
“Rahsia kegagalan adalah tidur lebih daripada 8 jam sehari. Cuba lihat orang yang berjaya dan berapakah jam yang digunakan untuk tidur. Rata-rata antara mereka sekadar tidur 5 jam sahaja sehari.”
Saya setuju dengan pendapat beliau. Tips yang sama telah dikongsi oleh beberapa buku yang pernah dibaca dan beberapa tokoh yang telah dianalisis. Bangunlah awal dan mulakanlah bekerja. Sebab itulah agaknya dikatakan murah rezeki. Sebabnya apabila kita kurangkan tidur yang berlebihan dan ditambah dengan aktiviti yang bermanfaat, pasti hidup kita beberapa jam lebih kehadapan berbanding orang lain dan lebih berjaya.
Itu baru sehari, bagaimana pula dengan setahun. Hampir 1 ribu jam kehadapan dan jumlah itu sebenarnya banyak pembaca sekalian.
Selamat beramal dan salam inspirasi!



Hi What’s up Hi there Hello, yup yeah yes of course this article post piece of writing paragraph is really actually in fact truly genuinely nice pleasant good fastidious and I have learned lot of things from it regarding concerning about on the topic of blogging. thanks.
…..so true
When you’re driving your automobile, the glare through light could cause non permanent beautiful*~* http://bzhumanhairfun.blog.fc2.com/blog-entry-1.html