Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Usain Bolt :Rahsia Lari Pecut Sukan Olimpik Hari ini saya ingin mengulas fakta yang didapati daripada buku ‘Talent Code’. Buku ini berbicara tentang bagaimana seseorang itu boleh menjadi lebih berjaya dan faktor penyumbangnya. Adakah kerana bakat sedia ada ataupun terdapat faktor lain? Yang menarik saya dalam buku ini beliau telah megupas bagaimana seseorang itu boleh berlari laju dan pecut seperti Usain Bolt dan Asafa Powell.
Jadi, cuba fikirkan untuk beberapa minit bagaimana seorang pelari itu mampu berlari laju. Bayangkan apa yang ada pada pelari pecut Usain Bolt iaitu pelari terpantas 100 meter sekarang dengan rekod 9.69s yang menyebabkan beliau mampu berlari dengan sebegitu laju. Apakah itu faktor bakat ataupun faktor sumber motivasi lain?
Dah fikir? Apakah rahsianya?
Menurut penulis, setelah beberapa data dan kajian dibuat didapati golongan mereka ini mempunyai persamaan dari sudut kedudukan anak dalam keluarga. Rata-rata daripada pelari pecut dan laju ini yang ada bukanlah anak sulong atau pertama tetapi merupakan antara anak terakhir dalam keluarga.
Contohnya, mereka mungkin anak ke-3 atau ke-4 daripada 4 adik beradik.Bukan sekadar seorang, tetapi rata-rata pelari laju yang ada bukanlah dari kalangan anak pertama. Cuba anda lihat dalam keluarga anda sendiri. Cuba bandingkan fakta ini. Dalam kesemua adik beradik anda, siapa yang berlari paling laju?Ada kebenaran disitu?
Aku anak ke-4, ataupun anak terakhir kenapa aku tidak lari laju pun?Kelentong je Si saiful ni
Sabar-sabar tuan-tuan, puan-puan. Biar saya coretkan dari sudut motivasi.
Menurut penulis buku ini, ianya ada menyumbang dan menjadi satu psikologi kepada golongan pelari laju ini. Dek kerana ianya seolah-olah memberi tekanan psikologi kepada mereka bahawa, “Aku ini adalah yang terakhir, lebih baik aku berlari lebih laju atau tertinggal.”
Selain itu, mereka ini kebiasaannya akan mendapat cabaran daripada adik-beradik yang lebih atas.Seperti kakak atau abang-abang yang tentunya lebih hebat daripada mereka ketika itu. Oleh itu, apabila mereka bertanding dengan rakan sebaya, ini membolehkan cabaran itu kelihatan mudah.
Tidak semestinya sesiapa sahaja lahir hampir kedudukan terakhir akan mampu berlari lebih laju. Tetapi apa yang membuatkan seseorang itu mampu berlari lebih laju kerana motivasi diri yang menolak untuk berlari laju. Contohnya kebanyakkan mereka yang berlari pecut laju adalah kerana cabaran dari adik beradik atasan yang lebih hebat. Inilah sebenar sumber motivasi mereka untuk sentiasa bersaing.
Perkara yang sama juga boleh berlaku pada anda. Anda juga mampu berlari laju dengan syarat anda mempunyai tekanan psikologi untuk menolak anda melakukannya secara jangka panjang. Yang penting ianya mestilah motivasi yang berpanjangan kerana pembentukkan larian itu memerlukan latihan yang berulang dan panjang sama ada kita sedar atau tidak.
Faktor motivasi berlari kerana awek boleh diambil kira?
Haha.Berlari kerana awek mungkin boleh, tetapi ianya bukanlah motivasi sehebat cabaran adik beradik yang lebih panjang.
Semoga tips hari ini membantu!
Salam inspirasi



One more additional extra other technique method for in favor of in support of promoting advertising your blog weblog webpage website web site is posting comments on different unique directories sites with your blog weblog webpage website web site link.
It? great enormous impressive wonderful fantastic that you are getting ideas thoughts from this article post piece of writing paragraph as well as from our discussion argument dialogue made here at this place at this time.