England menang Piala Dunia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya Piala Dunia 2010 semakin hampir bermula. Apakah pasukan harapan anda? Saya? Hoho..Saya memang ada banyak pasukan kegemaran. :-P

Tahukah anda, pada tahun 2006 di mana Piala Dunia telah diadakan di Jerman, satu simualsi oleh pakar telah dibuat dalam menentukan siapa yang bakal menjadi juara. Hasil ini adalah berdasarkan pencapaian semasa dan statistik sebelum ini. Didapati pasukan yang berkemungkinan menjadi juara adalah Brazil.

Tetapi ianya tidak menjadi kenyataan. Malah Brazil telah tersingkir sebelum sempat menjejak kaki ke separuh akhir lagi. Pasukan yang memenangi Piala Dunia ketika itu adalah Itali, yang dianggap oleh sebahagian orang sebagai pasukan kuda tua kerana terdiri daripada pemain yang agak berusia.

Apa pengajaran yang dapat diambil di sini? Maksudnya jelas. Tiada siapa yang berhak menentukan anda boleh berjaya atau tidak. Simulasi atau sejarah mungkin menunjukkan anda akan gagal. Rakan-rakan mungkin tidak percaya dengan potensi yang ada pada diri anda. Guru mungkin meragui dengan bakat diri anda. Tetapi perkara iniĀ  bukan membawa maksud anda tidak akan berjaya dalam hidup.

Hasilan daripada statistik dan sejarah memang tidak boleh diabaikan. Ianya mungkin akan berulang pada masa akan datang. Tetapi, bukan bermakna anda harus mempercayainya. Andalah yang bertanggungjawab mencipta kejayaan anda. Percayakan pada potensi anda.

Salam inspirasi

PS: Berdasarkan pencapaian semasa dan simulasi yang dibuat oleh pakar, pasukan yang diramalkan berjaya merangkul Piala Dunia kali ini adalah England. Mari kita lihat.:-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saiful Izzuan
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Diharap tips-tips yang dikongsi membantu. Teruslah menyokong dan membaca tips, motivasi, cerita inspirasi di drInspirasi.com ya!

Share This Post

Recent Articles

3 Responses to “England menang Piala Dunia?”

  1. … [Trackback]…

    [...] There you will find 71710 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/england-menang-piala-dunia/ [...]…

  2. … [Trackback]…

    [...] Find More Informations here: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/england-menang-piala-dunia/ [...]…

  3. lainaa says:

    … [Trackback]…

    [...] There you will find 68308 more Infos: drinspirasi.com/blog/tips-motivasi/england-menang-piala-dunia/ [...]…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
© 2012 DrInspirasi.com. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by drInspirasi.com · Designed by drInspirasi.com