Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini post saya bertajuk gemuruh. Ada kaitan dengan posting tips pembentangan sebelum ini. Ketakutan dan gemuruh itu adalah normal. Semua manusia akan berasa gemuruh apabila diminta melakukan pembentanagn. Tiada siapa yang tidak mengalaminya. Yang membezakan adalah bagaimana mereka mengawalnya.
Sebab itulah aktiviti ‘public speaking’ merupakan antara aktiviti yang paling ditakuti berdasarkan tinjauan yang dilakukan. Semua orang merasai perasaan tersebut. Satu idea menarik oleh seorang sahabat mengenai gemuruh ini adalah, sebenarnya gemuruh itu ada baiknya. Katanya, ia membuktikan anda masih hidup dan mempunyai kelemahan. Dan itu tandanya tuhan mengingatkan anda bahawa
‘ You still need Me…”
Selamat beramal dan salam inspirasi!
PS : Entah kenapa kebelakangan ini saya sedikit ‘malas’ untuk mengupdate blog…hehe.. Saya minta maaf jika lama tidak mengupdatenya. Sebenarnya, saya kebelakangan ini agak sibuk belajar pada waktu malam. Hal ini kerana ada 2 peperiksaan profesional yang perlu diambil. Doa kan kejayaan saya ye!



hehe..tips yang menarik!
Gemuruh menjadi situasi yang normal bagi semua manusia. Tak kira masa dan tempat. Kadang2 nak berucap depan orang ramai tu terasa gugup dan gemuruh